Analisis: Bagaimana Pep Menebuk Wan Bissaka Sehabisnya

Manchester City berjaya memenangi aksi Derbi dengan prestasi cemerlang. Hanya ada 1 pasukan sahaja berhak menang iaitu City – berdasarkan prestasi kedua dua pasukan.

Dalam pertemuan kali ini, Pep Guardiola memberikan hari yang sukar buat Wan Bissaka di sebelah kanan pertahanan United.

Ini kerana serangan mereka benar benar ‘centralized’ di sisi tersebut.

Kekuatan Man City

Manchester City memiliki kekuatan yang sangat baik di wing kiri ataupun sebelah Wan Bissaka.

Pep Guardiola memilih untuk memberikan kepercayaan sekali lagi kepada Jack Grealish di sebelah kiri. Kemudian adanya Joao Cancelo yang akan menghadirkan ancaman dari bawah.

Selain itu, Foden yang bermain false 9 juga cenderung untuk menyerang sebelah half space Aaron Wan Bissaka.

Selain daripada kekuatan Manchester City secara semulajadi di bahagian kiri mereka, Man United pula tidak memiliki unit yang bagus di sebelah kanan mereka.

Kenapa serang Wan Bissaka?

Wan Bissaka merupakan pemain yang sangat cepat melakukan bentesan. Itu adalah kekuatan utamanya. Jadi dalam situasi 1 lawan 1 memang sukar untuk berdepan Wan Bissaka.

Namun City meletakkan 2 atau 3 pemain lincah di sekitar Wan Bissaka untuk menguasai ruang yang dia tinggalkan setiap kali dia bertindak membentes atau mahu mula membentes.

Maka City akan berupaya mencipta situasi kelebihan numerical untuk bertukar hantaran.

Mereka mahukan ruang yang mahal di belakang Bissaka tersebut. Lihat ini gambaran mereka cuba mendapatkan ruang (berlorek) daripada Bissaka.

Manchester City mencipta heat map yang sangat ‘panas’ di sebelah Wan Bissaka.

Sebenarnya untuk meminta Wan Bissaka seorang sahaja bertahan agak mustahil. Ini adalah kerjasama berpasukan.

Oleh sebab itu McTominay dan juga Elanga antara pemain yang harus membentuk unit dengan Wan Bissaka.

Boleh dikatakan kedua dua pemain tersebut cuba untuk membantu Wan Bissaka, namun sangat terhad kemampuan mereka bertahan secara unit.

Oleh sebab itu ruang tersebut berterusan menjadi ruang yang digunakan Pep Guardiola sepanjang perlawanan.

Lihat situasi di bawah ini, Elanga dan McTominay melakukan track back, namun track back mereka tidak berkualiti. Mereka gagal mematikan ancaman ataupun menghapuskan ruang.

Dalam situasi seperti ini, ianya bergantung kepada kualiti individu kerana secara taktikal ianya sudah betul.

Oleh sebab itu Roy Keane menyatakan bahawa pemain pemain Man United malas untuk berlari bertahan ketika kehilangan bola.

Antara pemain yang disebut Roy Keane adalah Wan Bissaka dan Fred.

Selain itu Aaron Wan Bissaka memang tidak berada dalam form yang baik. Misalnya di bawah ini, dengan mudah sahaja dia dikontak oleh Foden.

Kegagalan Rangnick

Ralf Rangnick gagal untuk memperbaiki kelemahan pertahanan mereka terutama sekali di sebelah kanan.

Elanga pemain yang bagus ketika menyerang, namun ketika bertahan dia sangat tidak bagus dalam perlawanan ini. Kerana dalam perlawanan ini Man United tampil sebagai pasukan yang diserang sepanjang masa.

Namun jika difikirkan masalah winger United sejak beberapa musim ini memang malas bertahan atau lemah ketika bertahan. Siapa je pilihan Rangnick untuk menjadi defensive winger?

Selain itu, Lindelof, Wan Bissaka, dengan pivot Man United dilihat tidak ada keseragaman dari segi taktikal ketika bertahan.

Manchester City terus menikmati ruang tersebut. Dan boleh dikatakan Pep Guardiola hanya meneruskan masterplan mereka tanpa perlu mengubah apa apa. Bak kata Mourinho: “Apabila taktikal kamu berjalan lancar, kamu sebagai pengurus boleh duduk dan hanya menikmati perlawanan.”

50% serangan Man City adalah di sebelah Wan Bissaka.

Rumusan

Itu antara kunci kepada kemenangan Manchester City. Mereka mengenalpasti ruang dan memaksimumkan kekuatan mereka.

Ini ditambah dengan pemain seperti Elanga yang kurang pengalaman dan kurang bagus dalam bertahan diturunkan oleh Rangnick di ruang tersebut. Membuatkan ianya ibarat bateri tambahan kepada mereka.

Apabila ruang di sisi itu bocor bermakna Center back akan terdedah kepada bahaya. Semakin banyak ia bocor semakin kerap cb akan terdedah dengan bahaya. Dalam bola sepak, center back harus dilindungi sebaiknya kerana ianya lapisan pertahanan terakhir.

Dalam perlawanan ini McTominay dan Fred gagal untuk melindungi center back mereka. Dan apabila bocor banyak, apa yang anda boleh harapkan daripada Maguire? Pemain yang bergelut dengan prestasinya pada masa ini. Mujur ada De Gea.

Baca yang lain