Analisis: Bagaimana Serpihan Tembok Turin Digunakan Mancini Jadi Batu Asas Penting Itali Eranya

Roberto Martinez sebelum ini memuji aksi pertahanan pasukannya ketika menentang Portugal. Ada sebab kenapa beliau terlalu memuji pertahanan kerana ternyata mereka hanya melakukan 1 percubaan tepat berdepan dengan Portugal.

Gol kemenangan mereka ketika itu bukanlah daripada sistem taktikal sebaliknya lebih kepada keupayaan dan kegeniusan individu, Thorgan Hazard yang menjaringkan gol dari luar kotak penalti.

Roberto Martinez ternyata tidak memiliki pasukan yang benar benar faham akan taktikal menyerang mereka.

Harus diakui perlawanan Itali dan Belgium boleh dikira menarik dan kedua dua pasukan menyerang. Namun Belgium beberapa kali menunjukkan mereka tidak cukup bagus untuk bergelar no.1 dunia ketika berhadapan dengan Itali.

Itali menunjukkan sekali lagi bahawa mereka adalah pasukan yang memang tahu cara bermain perlawanan besar di peringkat antarabangsa, walaupun siapa lawan mereka.

Belgium terus gagal memenuhi hype sebagai generasi emas apabila sekali pulang jauh lebih awal daripada jangkaan dalam aksi Euro.

Serpihan penting Tembok Turin

Pada edisi 2016 kita menyaksikan tembok Turin ataupun Wall Of Turin yang digunakan media Itali merujuk kepada Bonucci, Barzagli, Chiellini dan ditambah pula dengan Buffon di gawang gol.

Belgium tewas 2-0 di tangan Itali pada 2016, ketika itu Itali memang benar benar bergantung kepada pertahanan dari Tembok Turin dan taktikal berasaskan serangan balas. Kerana kualiti pasukan mereka tidaklah sebagus Itali yang pernah menjadi juara dunia dahulu.

Conte menggunakan masterpiece utama Itali dengan taktikal digelar mini cattenaccio ketika itu.

Namun kali ini, Tembok Turin masih tetap menjadi batu asas kepada pertahanan Itali. Leonardo Bonucci dan Chiellini menjadi core kepada back 4 Itali pada temasya kali ini walaupun sudah berusia. Harus diingat, Spinazzola juga graduan daripada akademi Juventus.

Baiklah, malas nak klaim sangat, sebab kita nak fokus kepada Leonardo Bonucci dan Chiellini. Kedua duanya pertahanan dengan corak permainan berbeza. Chiellini lebih kepada ball winner dan Bonucci lebih kepada ball playing center back.

Buffon yang mengumumkan persaraan daripada karier antarabangsa selepas kegagalan mara ke Piala Dunia. Ianya diikuti oleh Chiellini dan Barzagli.

Tetapi Leonardo Bonucci menyatakan dia masih belum memikirkan persaraan.

Tetapi Chiellini kemudian menarik persaraannya yang dikatakan diumumkan dalam keadaan terlalu emosi. Chiellini terus bersama dengan Itali selagi lagi dia diperlukan.

Lalu pada era Mancini, dua pemain ini menjadi asas kepada pembentukan pertahanan beliau. Walaupun sudah berusia namun mereka adalah malar segar. Pengalaman dan kualiti menjadi pertimbangan.

Serpihan Tembok Turin dari 2016 ini ternyata terlalu sukar untuk ditembusi oleh Belgium yang mendapat gol mereka hanya menerusi penalti.

Leonardo Bonnucci dan Chiellini menjadi hanya 2 pemain yang beraksi 5 tahun lalu berdepan Belgium dan mereka sekali lagi menang ke atas pasukan generasi emas Belgium.

Legenda Jerman, Bastian Schweinsteiger (nak bagitau, aku eja tanpa bantuan google ok),  telah memuji gandingan ini sebagai terbaik dunia pada ketika ini.

Itali bukan pasukan cattenaccio

Satu perkara menarik dalam pasukan Itali era Mancini, mereka bermain dalam sistem yang ofensif. Itali sangat dikenali dengan gaya cattenaccio dalam sejarah kejayaan mereka.

Di mana mereka akan bermain dengan sistem pertahanan kental dan keras. Namun dalam aksi berdepan Belgium semalam, satu satunya elemen negatif cattenaccio yang mereka mereka gunakan hanyalah ketika cuba melengahkan perlawanan pada akhir babak. Itu pun tidaklah teruk sangat.

Elemen negatif cattenaccio ini sebenarnya sangat tidak digemari lawan mereka ketika berdepan Itali dahulu. Namun semalam di pertahanan mereka lebih menekankan aspek positif cattenaccio untuk diserap dalam sistem permainan mereka yang lebih bercorak seimbang antara menyerang dan bertahan.

Elemen itu adalah pertahanan yang lasak, sehingga Chiellini tersenyum riang ketika mukanya terkena bola peluru dari kaki De Bruyne.

Ini yang menjadikan Itali kali ini memberikan kita pengalaman tontonan yang berbeza. Mereka ada identiti permainan yang jelas di bawah Mancini. Pengurus yang memang ofensif. Sebab itulah dia pernah dilantik Man City satu ketika dahulu.

Kredit juga kepada Donnarumma yang melakukan beberapa save menarik untuk menafikan percubaan lawan mereka.

Belgium krisis identiti

Jika Itali sudah ada identiti mereka di bawah Mancini, Belgium pula berbeza. Mereka tidak ada identiti jelas ketika menyerang. Mereka bermain dengan sistem target man, namun Lukaku tidak mendapat servis yang banyak kerana dua winger mereka masing masing offensive attacker.

Memang sedap melihat Doku bergelek semalam. Namun pada masa yang sama, dia tidak membentuk gandingan yang baik dengan Lukaku dari segi servis kepada target man utama.

Selain itu, Martinez tidak cuba menambah extra man beliau di hadapan untuk berdepan dengan fizikaliti Itali ketika bertahan. Lukaku terlalu mudah dikawal kerana dia seorang sahaja berdepan dengan bek tengah berpengalaman dan sistem pertahanan kompak.

Pasukan lebih penting dari nama besar

Seterusnya Mancini mengajar Roberto Martinez bahawa, memiliki deretan stars dalam pasukan tidak akan memberikan kamu pulangan jika tidak membentuk pasukan yang lebih bagus.

Itali bukanlah pasukan yang ada nama besar seperti De Bruyne, Lukaku, Eden & Thorgan. Namun mereka ada pasukan yang lebih baik. Mereka sentiasa bermain dalam pasukan.

Ketika menyerang mereka naik bersama sama dan ketika bertahan mereka turun bersama sama. Berbeza dengan Belgium aksi pertahanan masterclass mereka yang dipuji Martinez sebelum ini hilang.

Winger lambat track back. Defensive midfielder selalu bersendirian menunggu pasukan yang lambat reshape.

Itali asasnya bermain dengan sistem 4-3-3. Mereka bertahan dengan dua sistem utama, iaitu 4-1-4-1 dan kemudian membentuk 4-5-1 apabila blok pertahanan atas berempat itu dilepasi.

Satu perkara yang kita sentiasa lihat dalam pasukan Itali ini sejak dari dulu adalah kekentalan mereka. Pasukan ini sangat lasak daripada penderitaan di atas padang.

Oleh sebab itu, Itali bermain baik dalam satu pasukan, dan anda akan melihat sumbangan pemain mereka semua setara. Sukar nak pilih MOTM sebenarnya. Mungkin hanya Ciro Immobile yang nampak tidak berada di prestasi terbaiknya.

Berbeza dengan Belgium, terlalu ramai pemain mereka yang tidak beraksi baik terutama sekali pertahanan.

Siapa kata Itali tak boleh main ofensif, mereka malah berani bermain high pressing dalam taktikal mereka. Dalam Euro kali ini mereka memberikan masalah kepada pasukan seperti Belgium dengan high pressing mereka.

Baca yang lain