Analisis Catatan Waktu Ini Membuktikan Marquez Ibarat Bermain Playstation Di Dunia Realiti

Marc Marquez tidak dapat menamatkan perlumbaan di Jerez kerana kemalangan.

Namun aksi beliau dalam grand prix Sepanyol itu sangat menggerunkan jika dinilai dari segi catatat masa.

Malah ada yang menganggap Marquez sebenarnya seperti bermain video game di alam nyata. Meskipun dalam aksi MotoGP Virtual ketika lockdown hari tu, Marquez kurang menyerlah.

Marquez terjatuh pada pusingan ke-22. Namun sapa akan lupa aksinya ketika mengendalikan motosikalnya yang hampir rebah pada pusingan lebih awal.

Kembali semula ke persaingan dan memintas satu persatu pelumba lain. Beliau berada di kedudukan pendahulu ketika keluar dari trek.

Dan masuk ke posisi ke-19 dengan dibezakan 9.3 saat di belakang Vinales.

Namun Marquez terjatuh juga ketika cuba mengejar Maverick Vinales di posisi kedua pada pusingan ke-22.

Bayangkan daripada posisi ke-19, daripada keadaan dia terkeluar trek, Marquez mengejar pelumba lain dan menempatkan dirinya sehingga ke kedudukan ketiga pada pusingan ke-22- sebelum terjatuh.

Ini bermakna seramai 16 pelumba lain yang di hadapannya dipintasnya dalam masa kurang 17 pusingan. Impressive!

Malah pengulas perlumbaan sempat menyatakan Marquez seolah olah sedang bermain playstation di litar lumba sebenar.

Ini bermakna daripada pusingan ketujuh sehingga ke-22, catatan waktu Marc Marquez sangat konsisten dengan purata 1 minit 38 saat.

Catatan kemuncak beliau adalah pada pusingan ke-11 dengan 1 minit 38.372 saat.

Adiknya Alex Marquez yang menyaksikan perlumbaan itu sendiri kagum dan takjub dengan apa yang dilakukan abangnya.

Cuma kali ini beliau gagal melakukan tunggangan sempurna.

Vinales boleh menarik nafas lega kerana tersingkirnya Marquez membolehkannya kekal di kedudukan kedua. Ketika dia mulai bergelut dengan kondisi tayar lembut.

Berikut catatan waktu Marquez:

*Lap: Catatan masa

1: 1 minit 44.931 (saat.detik) (berada di tempat ke-2 pada akhir pusingan)
2: 1’38.499 (2)
3: 1’38.795 (1)
4: 1’38.426 (1)
5: 1’47.639 (16)
6: 1’39.819 (14)
7: 1’38.653 (12)
8: 1’38.686 (12)
9: 1’39.511 (11)
10: 1’39.006 (10)
11: 1’38.372 (10)-Fastest Lap Race
12: 1’38.555 (9)
13: 1’38.654 (8)
14: 1’38.582 (8)
15: 1’38.553 (8)
16: 1’38.485 (8)
17: 1’39.035 (6)
18: 1’38.661 (6)
19: 1’38.977 (4)
20: 1’38.853 (3)
21: 1’39.092 (3)

Catatan waktu ini juga memberikan amaran kepada pelumba lain bahawa Marc Marquez sebenarnya sudah menjadi lebih ‘beast’ daripada sebelum ini.

Beliau tidak akan terlibat dalam perlumbaan hujung minggu ini, kerana kecederaan. Beliau sudah memulakan proses rawatan dan dijangka akan menjalani pembedahan pada Selasa.

Namun apabila beliau kembali kelak, Marquez pastinya masih dilihat sebagai salah seorang pilihan utama untuk menjuarai MotoGP musim ini dan sekaligus mempertahankannya.

Apapun, get well soon kepada Marc Marquez.

Baca juga:

Tangan Marquez Akan Dipasang Skru Kerana Kecederaan Di Humerus Kanan

VIDEO: Biarpun Tersingkir Awal, Cara Marquez Kendalikan Motor Elak Kemalangan Buat Netizen Kagum

“Insiden Sepang Clash Adalah Kehendak Marquez Kerana Dendam Pada Rossi”