Tangan Marquez Akan Dipasang Skru Kerana Kecederaan Di Humerus Kanan

Juara bertahan MotoGP Marc Marquez disahkan akan dipasang skru pada bagian lengan yang cedera akibat kemalangan di MotoGP Sepanyol 2020 di Sirkuit Jerez.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pihak Honda. Di mana Marquez mengalami patah di bahagian humerus kanan dan akan dibedah di hospital Universiti Dexeus, Barcelona, pada Selasa.

Dipetik dari sumber Sky Sports, Marquez memiliki dua kemungkinan dalam pembedahan tersebut, dipasang skru atau plat pada bahagian humerus kanan.

Dengan skru, waktu pemulihan akan akan lebih cepat. Hal ini kerana skru memiliki potongan yang lebih kecil untuk menggabungkan bahagian tulang yang patah.

Sementara itu, plat pula lebih besar dan memerlukan waktu pemulihan yang lebih lama.

Marc Marquez gagal menamatkan MotoGP Sepanyol yang jadi pembukaan kepada MotoGP 2020.

Ini selepas Marquez terlibat dalam kemalangan di selekoh 4. Marquez menunjuukan tunggangan yang hebat dalam perlumbaan ini.

Namun agak malang kerana nasib kurang menyebelahi beliau.

Dalam pusingan lebih awal, di selekoh yang sama Marc Marquez hampir kemalangan namun beliau berjaya mengendalikan motosikalnya yang terkeluar dari landasan dengan cekap sekali.

Akibat kemalangan itu The Baby Alien dijangka tidak akan terlibat dalam MotoGP yang seterusnya pada hujung minggu ini.

Meski demikian, Sky Sports melaporkan, Marquez berpeluang kembali berlumba di MotoGP Republik Czech di Litar Brno beberapa minggu akan datang.

Dalam pada itu, Alex Marquez menyatakan bahawa Marc sangat marah dan kecewa. Dan pada masa yang sama Marc tidak optimis akan dapat kembali dengan secepat mungkin.

“Marc sangat mara dan tidak optimis dengan kecederaan beliau.”

“Apa yang paling menyakitkan dia adalah dia jatuh kerana kesilapan.”

“Dia gembira untuk comeback, dan dia tidak memikirkan soal podium. Namun dia yakin akan berada dalam enam teratas.”

Semoga cepat sembuh kepada Marc Marquez serta kembali semula ke persaingan kejuaraan.

Namun apa yang paling penting ketika ini fokus kepada rawatan tu.

Dalam perlumbaan di Jerez semalam, bintang Yamaha SRT – Fabio Quartararo membuat kejutan dengan menjuarai GP tesebut.

Ini merupakan kemenangan sulung pelumba 21 tahun dari Perancis itu dalam MotoGP.

Dan ini juga kejayaan pertama pasukan satelit Yamaha memenangi perlumbaan.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di