Analisis El Clasico: Bagaimana Fede Valverde Dan Vinicius Hancurkan Sistem Koeman

Real Madrid menang bergaya dalam aksi el clasico. Memang sapa menang game ni akan dikira menang bergaya – sentiasa!

Dalam analisis kali ini, kita akan melihat 2 pemain yang memberikan impak sangat besar dalam perlawanan ini.

Peranan Fede Valverde

Satu pertukaran yang mengejutkan daripada kemenangan ke atas Liverpool adalah menyisihkan Asensio dan memasukkan Fede Valverde. Sebenarnya pertukaran ini lebih kepada isu taktikal. Di mana Zidane memerlukan pemain lebih defensif di tengah.

Velverde yang sebelum ini tidak bermain dalam aksi berdepan Eibar dan Liverpool – kali ini banyak memberikan masalah kepada Barcelona.

Larian derasnya dari tengah menjadi pencetus kepada gol awal Real Madrid. Dima minit ke-13, Valverde yang berjaya masuk ke final thired, melakukan sliced pass menewaskan organisasi pertahanan Barca untuk melepaskan Lucas Vasquez, yang kemudian menghantar kepada Benzema. Penyerang veteran asal Perancis itu melakukan flick yang tidak masuk akal dan terus masuk.

Saksikan di sini:

Selain daripada pengaruh Valverde ketika dia ada bola, ketika tanpa bola, Valverde juga memberikan impak. Beliau sentiasa menutup passing lane antara Messi dan Jordi Alba yang pada awalnya banyak memberikan ancaman kepada Real Madrid.

Pelan taktikal Zidane untuk menutup aliran dan connection itu berjaya direalisasikan Valverde. Dia ‘pin’ Alba daripada terlalu bebas ke hadapan. Tracking pemain itu.

Lihat pengaruh Alba di dalam heatmap ini dan lihat kawasan jelajahan oleh Valverde untuk mematikan aksi dominan Alba.

Sebenarnya asas dalam bola sepak adalah, fullback vs winger lawan dan winger vs fullback lawan. Beza dia, ada pemain wing yang berdisiplin dan mampu buat kerja bertahan ataupun malas.

Valverde hari ini berjaya melakukannya sebaik mungkin.

Vinicius mendedahkan kelemahan Barca

Ronald Koeman cuba mengolah taktikal untuk perlawanan ini dengan menarik Frenkie De Jong back ke tengah dan menurunkan Ronald Araujo dalam kesebelasan utama. Alasan utama adalah untuk mendominasi bahagian tengah dan bermain lebih direct.

Koeman sekali lagi bermain dengan sistem back 3. Tidak pasti kenapa dia menggunakan sistem ini. Untuk membolehkan dia menambah lebih ramai penyerang utama?

Mereka bermain baik di tengah namun beberapa kali mereka di’londeh’kan /exposed oleh Vinicius Jr dengan kelajuannya. Dan foul yang dimenangi oleh Vinicius telah menjadi punca kepada gol Kroos yang sepakan percumanya terbias pada Sergino Dest.

Vinicius secara asassnya bermain wide forward macam second striker. Dia sangat berguna ketika serangan balas.

Koeman kemudian memasukkan Griezmann untuk Dest. Barca bergelut untuk memecahkan blok rendah Real Madrid, dengan Messi dan Dembele tidak banyak mendapat servis.

Gol Migueza telah membuatkan Zidane sedar bahawa Barcelona dalam fasa mereka semakin menemui jalan untuk menghancurkan mereka. Lalu Zidane memasukkan fresh leg, Asensio menggantikan Valverde yang cedera. Koeman memasukkan Sergi Roberto untuk Busquets, Moriba untuk Araujo – dan Barca bermain sistem back 4.

Drama

Tak sahlah kalau tak ada drama kan? el clasico kot..

Barcelona menyatakan bahawa mereka sepatutnya mendapat penalti ketika Ferland Mendy mengasari Martin Braithwaite. Koeman menyatakan bahawa ianya jelas sekali penalti dan mempersoalkan kepada tiada VAR di Sepanyol.

Casemiro menambahkan lagi perencah el clasico dengan kad merah selepas mengutip 2 kad kuning dalam jarak 1 minit. Real bermain pada masa kecederaan dengan 10 pemain.

Rumusan

Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan yang lebih tajam di hadapan gol berbanding dengan Barcelona yang dominan namun julat ancaman mereka sama dengan Real Madrid.

Kestabilan dan usaha Zidane mengimbangi penguasaan Barca dari sayap bawah adalah kunci penting untuk menghentikan impak secepat mungkin – yang hadir dari Alba.

Seterusnya, tanpa pemain seperti Hazard, Zidane tetap ada pemain yang on form seperti Vinicius yang laju dan sangat cepat melakukan ancaman ke dalam kotak penalti.

Baca yang lain