Analisis: Fluiditi Arsenal Dan Peranan Xhaka Kunci Kemenangan Cemerlang Di Vitality

Arteta menyatakan bahawa: “Perjanalan [proses] ini masih panjang, jelas sekali ada banyak perkara perlu diperbaiki.”

Arsenal musim lalu melalui 3 perlawanan pertama dengan 3 kekalahan. Namun musim ini sudah mencatatkan 3 kemenangan daripada 3 perlawanan pertama.

Mentaliti pemain Arsenal adalah perkara sangat penting dalam perlawanan ini. Kejayaan memenangi beberapa aksi pra musim dan kemudian 2 perlawanan awal sebelum ini meletakkan mentaliti penmain di kedudukan yang bagus.

Arsenal turun berdepan dengan Bournemouth yang bermain dengan sistem defensif dan fizikal. Ianya adalah ujian yang tersendiri kepada set serangan Arsenal yang bergantung kepada kelincahan dan mobiliti berbanding duel fizikal.

Fluiditi Arsenal

Satu perkara yang harus ada pada Arsenal adalah fluiditi kerana mereka adalah Arsenal. Tak kisah lah Emeryball ke, Artetaball ke, Fishball ke, asal kamu pengurus Arsenal, fluditi adalah wajib ada. Ini kerana Wenger membina pasukan ini dahulu berasaskan fluiditi.

Fluiditi Arsenal pada separuh masa pertama adalah sangat baik. Bournemouth tidak sempat untuk menekan pemain mereka secara fizikal tetapi penyerang seperti Martinelli, Jesus dan Saka sudah melepaskan bola dan bergerak di seluruh penjuru padang.

Bournemouth gagal mematikan gerakan fluiditi ini, bermakna mereka dalam masalah.

Gol pertama Odegaard misalnya. Gerakan Jesus di sini benar benar memberikan masalah utama kepada mereka dengan permainan kombinasi yang baik dengan Martinelli.

Dengan unit pertahanan seramai ini, Bournemouth masih gagal membendung gol tersebut kerana mereka tak cukup laju dan tak sempat untuk mematikan gerakan pemain dan bola Arsenal.

Keserasian Gabriel Jesus dengan sistem serangan Arsenal ini adalah perkara terbaik dalam sistem serangan mereka setakat ini.

Arsenal berterusan mencipta peluang dan mendapatkan gol kedua mereka dengan skrip yang sama. Mereka melakukan gerakan yang laju dan tindakan yang laju.

Seperti dijangka, Arsenal akan tampil lebih dominan. Namun perkara penting adalah cara mereka mengendalikan penguasaan dan countepressing.

Banyak kali Bournemouth hilang opsyen untuk hantaran di bawah dan terpaksa melambungkan terus. Bola pun dimenangi kembali Arsenal.

Arsenal tidak agresif sepanjang masa untuk melakukan counterpressing. Pada kedudukan 2-0, mereka mulai mengendurkan sedikit tempo mereka dan fokus kepada stabiliti di pertahanan.

Mereka mulai membenarkan Bournemouth untuk memiliki penguasaan bola dan tidak terlalu agresif untuk memenanginya.

Arsenal bermain dengan sistem 4-3-3 dalam perlawanan ini. Namun ianya lebih kepada high pressing berbanding sebelum ini di mana Arsenal lebih fokus kepada permainan lebih direct dalam dua perlawanan pertama. Bergantung kepada quick attack dan decisive attack.

Oleh sebab itu dalam 2 perlawanan pertama sebelum ini mereka tidak menguasai perlawanan.

Peranan Xhaka

Xhaka adalah pivot penting dalam sistem Arsenal. Dengan adanya Thomas Partey, Arteta menolak Xhaka lebih ke hadapan berbanding Partey.

Xhaka bukanlah pemain tengah yang laju. Namun dia sangat efektif apabila berada dalam kotak penalti dan ketika berkeliaran di luar kotak penalti.

Pemain ini ada reputasi masalah disiplin bertahan ketika menjadi pemain yang berada di deep area. Dia selalu kad merah. Dengan adanya Partey, dia bukan lapisan DM yang paling bawah atau lapisan pertama di depan back 4.

Xhaka juga menjadi pemimpin di tengah. Sedia melepaskan pemain seperti Zinchenko naik ke atas dengan covering kawasan mereka.

Peranan Jesus

Gabriel Jesus seharusnya menjadi watak yang harus diceritakan sekali lagi. Walaupun tidak menjaringkan gol, dia adalah pusat kepada segalanya atau center of everything untuk Arsenal di hadapan.

Itu adalah makna tepat kepada fokal taktikal. Sebelum ini saya pernah ulas, cara Arsenal menerima Jesus menjadi ‘bintang utama’ serangan mereka benar benar membantu pemain itu selesa menyerasikan diri dalam pasukan ini.

Dia menyusahkan pertahanan lawan dengan gerakan dengan bola ataupun tanpa bola.

Kemudian dia sedang menikmati bola sepaknya di tahap maksimum. Malangnya dia tak skor dalam perlawanan ini.

 

Baca yang lain