Analisis: Gabriel Jesus Berkesan Kerana Sistem Arsenal Menyokong Peranan ‘Free Role-nya’

Gabriel Jesus menjaringkan dua gol dan membantu mencipta 2 gol untuk Gabriel Martinelli dan Granit Xhaka ketika Arsenal menunjukkan aksi penuh yakin menewaskan Leicester City 4-2 di Stadium Emirates pada hari Sabtu.

Kenapa disebut penuh yakin? Walaupun lawan 2 kali merapatkan jurang gol, Arsenal terus menjarakkan diri sekali lagi dalam masa seminit untuk kedudukan 3-1 dan kurang dua minit untuk kedudukan 4-2.

Sebelum ini Arsenal ada masalah mentaliti di mana mereka mulai tidak terurus ketika lawan mulai merapatkan jurang gol. Dan permainan mereka mulai hilang hala tuju.

Tidak di sini! Bola sepak adalah bukan sukan yang mengira bolos. Tetapi sukan yang mengira siapa lebih banyak gol untuk menang.

Jesus mungkin mempunyai empat gol pada hari lain kerana The Gunners benar benar memberikan sistem yang menyokong permaianannya.

Tetapi harus juga diakui bahawa, Arsenal agak terbuka di barisan pertahanan pada beberapa ketika. Namun isu itu tidak dapat menyakitkan mereka kerana Gabriel Jesus terlalu padu.

Gabriel Jesus menikmati kebebasan

Salah satu perkara yang benar benar berbeza di Arsenal berbanding dengan Man City adalah kebebasan peranan Gabriel Jesus. Gol begini hanya akan terhasil jika pemain benar benar enjoy permainannya dan merasakan rakannya memberikannya kepercayaan.

Di Manchester City dia bukan pemain utama dalam sistem permainan mereka. Jadi dia tidak diberikan kebebasan seperti mana di Arsenal.

Di Man City, kebebasan seperti itu biasanya diberikan kepada Raheem Sterling ataupun Riyad Mahrez dan Bernardo Silva mahupun Kevin De Bruyne berdasarkan formasi dan lawan mereka.

Arsenal membenarkan Gabriel Jesus bergerak sesuka hatinya. Dan pemain pemain lain pula memberikan sokongan kepada sistem permainannya. Perkara ini tak akan mudah dilakukan jika pemain pemain lama di Arsenal tidak mahu bekerjasama sebagai penyokong kepada sistem dan menganggap Gabriel Jesus sebagai fokal kepada serangan.

Lihat heat map ini:

Itulah pentingnya, semangat pemilikan oleh pemain. Mereka menerima Gabriel Jesus dengan sebaiknya sebagai ‘bintang’ baru dalam sistem serangan mereka.

Satu perkataan yang sering digunakan adalah fleksibiliti dalam taktikal Arsenal adalah sangat baik.

Kekecewaan Jesus mungkin hanyalah bersifat peribadi iaitu dia gagal menjaringkan sekurang kurangnya hatrik. Tetapi 2 gol 2 assist adalah luar biasa. Pemain terakhir melakukannya adalah Matheus Pereira ketika berdepan Chelsea pada tahun lalu.

Mentaliti yang betul dibawa oleh Gabriel Jesus ke dalam pasukan ini. Membuatkan dia ketika ini pada landasan terbaik untuk menjadi penjaring yang boleh menggegar 20 gol semusim jika prestasinya diteruskan. Dalam perlawanan pertama dia tidak menjaringkan gol, namun sumbangannya dari segi gerakan taktikal tidak harus dilupakan.

Seterusnya, kita tak boleh abaikan fakta bahawa Gabriel Jesus memang suka menjadikan Leicester sebagai taman permainannya.

Leicester pasca Schmeichel

Adakah Leicester akan seampuh dahulu selepas era Kasper Schmeichel? Penjaga gol yang seringkali tidak menerima penghargaan lebih besar bermain pemain pemain lain seperti Jamie Vary, N’golo Kante, Riyad Mahrez ataupun James Maddison dan sebagainya?

Kaspen Schmeichel berlepas ke Nice, dan setakat ini, Leicester jelas membimbangkan. Schmeichel bukan sahaja shot stopper yang diyakini di gawang, dia juga pemimpin yang berjiwa besar. Sentiasa mengingatkan pertahanannya agar tidak tidur. Sentiasa vokal di belakang.

Seringkali kelemahan pertahanan Leicester terlindung kerana prestasi Schmeichel. Misalnya Wesley Fofana, ketika bersama dengan Schmeichel dia menjadi sangat bagus. Sehinggakan Leicester meminta Chelsea membayar GBP80 juta untuk pemain itu.

Namun dalam aksi berdepan Arsenal, ternyata dia masih pertahanan yang bagus, tetapi nilainya tidak sejauh itu. Dia menjadi mangsa buli kepada Gabriel Martinelli.

Begitu juga dengan Jonny Evans, dia gagal bermain dengan baik.

Danny Ward masih lagi penjaga gol yang bagus dalam perlawanan ini. Melakukan sekurang kurangnya 4 saves yang berkelas dunia. Namun apabila tiba kepada isu aura di hadapan gol sebagai pemimpin, Leicester masih merindui Schmeichel setakat ini.

Fokus taktikal Arsenal bukan penguasaan tetapi ciptaan peluang

Arsenal menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang mampu bergerak secara berpasukan sepanjang 90 minit. Berikan saya satu nama pemain yang boleh dikira parasit ataupun penumpang dalam perlawanan ini? Tiada!

Arsenal bukan pasukan yang hanya gilakan penguasaan bola. Mereka menekankan aspek lebih direct dalam serangan. Sebab itu penguasaan bola mereka adalah 50%.

Namun mereka melakukan 19 percubaan ke arah gol berbanding 6 oleh Leicester.

Walaupun kredit banyak diberikan kepada Gabriel Jesus, biasalah tu, 2 gol 2 assist, namun seorang lagi bintang kepada persembahan Arsenal ialah Gabriel Martinelli.

Seperti yang dinyatakan di atas, Arsenal sedia menyokong corak permainan Gabriel Jesus, dan Martinelli adalah ‘pekerja’ no.1 yang memberikan khidmat sokongan kepada Jesus.

Baca yang lain