Analisis: Graf Pembangunan Dan Personal Rivalry Antara 5 Perkara Kedah Setakat Ini

Kedah kini sudah menempuhi 2 kekalahan berturut turut dalam liga Malaysia.

Dan saya nak gariskan 5 masalah utama dalam taktikal pasukan Kedah.

1.  Tidak ada peningkatan signifikan

Mereka musim lalu menamatkan musim dengan 2 final domestik dan 1 kejuaraan.

Namun mereka masih lagi belum menunjukkan peningkatan yang signifikan secara berpasukan.

Kedah melakukan beberapa signing yang dikira berprofil tinggi dalam liga Malaysia.

Aidil Sharin perlu memastikan pemain pemain ini cepat gel dengan pasukan.

2. Pertahanan

Kedah masih menghadapi masalah yang sama dengan beberapa musim ini.

Mereka ada isu dengan pertahanan dengan bolos yang tinggi.

Musim lalu mereka bolos 29 kali. Hanya Selangor yang lebih tinggi di kalangan top 5.

Musim 2017, Kedah bolos sebanyak 36 kali. Angka tertinggi di kalangan top 6.

Dalam perlawanan berhadapan dengan Terengganu bersepah individual error mereka ketika bertahan. Terengganu pun sama.

Cuma yang malang, Kedah lebih banyak membawa kepada gol lawan.

Nampaknya Aidil perlu untuk mencari coach pertahanan yang benar benar specialist nak membantu pasukan Kedah.

3. Isu di tengah

Sejak beberapa musim ini Kedah sudah agak hilang cengkaman di tengah. Kali terakhir mereka memiliki bahagian tengah yang padu ketika Liridon bergandingan dengan Amirul Hisyam yang ketika itu sedang prime.

Namun gandingan itu kemudian merosot. Dengan Amirul berhadapan dengan banyak siri kecederaan.

Kesannya, Kedah terus bergelut untuk membentuk bahagian tengah yang dinamik dan mampu untuk mendominasi.

Dalam bola sepak, pengurus berkaliber di dunia sentiasa percaya, menjajah zon tengah adalah sangat penting.

4. Teamplay

Para pemain Kedah perlu diberitahu bahawa tiada persaingan sesama pemain. Yang ada hanyalah keutamaan kepada pemain untuk pasukan bagi menyaingi pasukan lain.

Memiliki dua penyerang no.9 yang prolifik seperti Kpah Sherman dan Kipre memang kadangkala akan membuatkan pemain ada rasa rivalry nak menjaringkan lebih gol daripada yang satu lagi.

Misalnya dalam aksi berhadapan dengan Terengganu, Kipre tidak square bola kepada Fadzrul Danel dan dia lebih mengejar misi individu.

Tiada masalah nak mengejar misi individu. Kerana ia akan membantu untuk menaikkan lagi tahap permainan antara satu sama lain.

Orang kata saling menghargai / melengkapi / compliment antara satu sama lain.

Namun keutamaan adalah pasukan. Pastikan leading 3 atau 4 gol dahulu baru boleh buat benda macam tu.

Benda ni biasalah. Even Mo Salah dan Sadio Mane pun ada terasa rivalry. Dan peranan jurulatih adalah mengembalikan pemain pemain ini kepada asas dan misi utama.

Aidi Sharin perlu menyemak semula corak taktikal beliau dengan sistem berdasarkan pemain yang ada.

5. Konsistensi dan mentaliti

Ya baru dua perlawanan. Namun secara asasnya mereka sudah bermain 4 perlawanan kompetitif. 2 perlawanan kelayakan ACL dan dua perlawanan Liga Super Malaysia.

Untuk skuad yang mahu mencabar kejuaraan liga, konsitensi adalah asas yang paling penting.

Konsitensi untuk mencipta kemenangan. Jadi mentaliti kemenangan perlu disemai dengan lebih kuat dalam diri pemain Kedah.

Rumusan

Buat masa ini Kedah bergelut untuk menunjukkan kesinambungann kepada projek mereka musim lalu.

Liga adalah berbeza dengan cup competitions. Ianya menagih konsitensi dan juga lebih ketahanan.

Selain itu, para pemain Kedah perlu lebih berjuang sebagai satu pasukan kerana mereka memiliki unit pemain yang baik.

Selamat maju jaya Kedah. Semoga dapat memperbaiki beberapa kelemahan tersebut.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan