Analisis: Kenapa Pemain Chelsea Berlatih Dengan Bola Saiz 1?

Minggu pertama yang sibuk untuk Thomas Tuchel. Beliau dilantik menjadi pengurus Chelsea menggantikan Frank Lampard pada Isnin. Pada hari berikutnya terus mengendalikan sesi latihan penuh pasukan.

Tuchel tanpa berlengah terus menggunakan inovasinya untuk membantu pemain pemain Chelsea. Thomas Tuchel memang pengurus yang inovatif dan bukan ortodok. Julian Nagelsmann sendiri pernah menyatakan bahawa Tuchel merupakan seorang sangat teliti dan kreatif dalam menyediakan kaedah latihan.

Nagelsmann merupakan antara protege Tuchel ketika masih bergelar pemain. Di mana Nagelsmann yang kerap tersisih cedera, selalu dilantik Tuchel menjadi pembantunya termasuk menjadi ahli scouting.

Nagelsmann melabel Tuchel sebagai perfectionist. Oleh sebab itu Nagelsmann sendiri menyatakan beliau tidak boleh menjadi seperti Tuchel walaupun Tuchel adalah gurunya. Kerana Nageslmann tidak setegas Tuchel di pusat latihan. Nageslmann malah menyebut bahawa beliau mahu menjadi seperti Pep Guardiola.

Latihan di Chelsea

Salah satu latihan yang pelik digunakan Tuchel dalam kem latihan Chelsea adalah berlatih menggunakan bola saiz kecil. Segala peralatan yang diperlukan Tuchel sudah pun disediakan.

Ianya kerana Tuchel sudah bersedia dengan latihan tersebut bersama sama dengan staf kejurulatihannya yang lain.

Bola tersebut merupakan bola saiz 1. Maka ada beberapa peminat Chelsea sendiri mahukan penjelasan apakah tujuan mereka berlatih dengan bola kecil tersebut?

Untuk kawalan bola

Dan sebenarnya, Tuchel selalu menggunakan kaedah ini dalam latihan untuk memperbaiki kawalan bola serta ketepatan bentesan. Ini adalah sesi latihan ketika di Mainz, di mana Tuchel menggunakan pendekatan yang sama.

Latihan ini memerlukan para pemain untuk lebih fokus untuk mengawal bola yang kecil dan cuba memenangi bola kecil itu tanpa menyentuh kaki kawan mereka ketika sesi latihan bertahan.

Walaupun Chelsea gagal mencipta kemenangan ke atas Wolves, namun dengan kualiti pasukan yang dimiliknya, Tuchel berjaya membentuk pasuikan yang menguasai 78.9% perlawanan berhadapan pasukan sebagus Wolves.

Selain daripada melakukan 820 hantaran dalam perlawanan tersebut. Rekod itu adalah tertinggi dilakukan oleh pengurus pada hari debut mereka di dalam Liga Perdana Inggeris.

Untuk 1 sesi latihan sahaja? Wow. Memang power beb!

Selain daripada itu, Tuchel juga menyuruh Edouard Mendy menjalani sesi latihan lebih fizikal dengan bantuan daripada Petr Cech.

Sebelum ini Tuchel pernah menyuruh para pemainnya menggunakan bola tenis di pusat latihan dan melarang para pemain pertahanan menarik baju ketika berlatih.

Ini kerana para pemain diminta untuk mementingkan fokus kepada pintasan dan bentesan tepat di latihan. Hal hal menarik baju ini biasanya menganggu untuk latihan bagi melakukan pertahanan bersih.

Memang bola sepak perlu melakukan dark art, namun keutamaan Tuchel adalah kebiasaan untuk melakukan clean tackle dan pintasan.

Bukan itu sahaja, dari segi struktur garisan padang, beliau sukakan bentuk berlian untuk meningkatkan lagi keupayaan pemain berlari secara diagonal dengan berkesan.

Selain itu, dalam sesi latihan pertamanya di Chelsea, Tuchel turut melakukan sesi latihan dengan tiang gol kecil menggunakan bola saiz normal.

Semua ini adalah berkaitan dengan kawalan bola di atas padang. Di mana pemain perlu melakukan sentuhan bola yang baik walaupun ketika menjaringkan gol.

Beberapa bekas pemain Tuchel menyatakan bahawa pengurus tersebut seorang yang sangat ‘demand’ ke atas pemain mereka. Beliau sentiasa mendesak dan mahukan yang terbaik daripada pemain.

Malah ketika di Mainz, ada beberapa pemain dikatakan tidak tahan dengan tuntutannya di pusat latihan. Apapun, Tuchel ternyata membuktikan bahawa beliau salah seorang pengurus terbaik di Eropah kerana dia tegas.

Tuchel jenis pengurus yang tidak ada kompromi untuk sesi latihan. Disiplin dan komitmen adalah tuntutan paling mustahak di kem latihan beliau termasuk daripada staf kejurulatihannya.

Ini adalah footage ketika Tuchel bengang dengan pemainnya Shawn Parker yang malas mengejar bola. Tuchel kemudian memarahi pasukannya yang menurutnya bermain sahaja tapi tidak menggunakan otak. Tuchel bengang dan menyepak bola.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah