Analisis: Peranan Trent Alexander Arnold Sebagai Progressive False Fullback, Hasilkan 2 Assist Dan MOTM

Liverpool membelasah pasukan Leeds United 6-1. Sekaligus menamatkan kemarau kemenangan dalam 5 perlawanan sebelum ini.

Kali terakhir Liverpool menang adalah ketika membelasah Man United 7-0.

Dalam aksi berdepan Leeds, Mo Salah dan Diogo Jota masing masing mencetak 2 gol.

Sementara Cody Gakpo dan pemain gantian Darwin Nunez menyebat 1 gol masing masing.

Satu perkara yang menarik dalam perlawanan ini adalah prestasi Trent Alexander Arnold yang menjadi kunci utama kemenangan Liverpool.

Peranan false fullback yang progresif

Dalam dua perlawanan terakhir ini, Trent Alexander Arnold dengan aktif bermain di bahagian tengah ketika permainan aktif.

Peranan itu adalah False fullback, tetapi lebih advance ke hadapan.

Dia bermain peranan itu dalam dua perlawanan terakhir untuk Liverpool.

Ini adalah purata pemposisian Trent Alexander Arnold dalam perlawanan ini. Di mana dia sangat banyak beraksi seperti central midfielder:

False fullback versi Alexander Arnold ini benar benar lebih progresif. Di mana pergerakannya adalah sebagai seorang enjin ataupun playmaker di tengah.

Sangat berbeza dengan peranan Kyle Walker di Man City ataupun peranan Trent sendiri sebelum ini yang kerap berada sebagai false fullback di belakang pemain tengah.

Aksi menentang Leeds antara aksi terbaik Trent Alexander Arnold dari segi kreativiti yang tidak terbatas. Dia menggerakkan jentera tengah dengan gaya permainan yang cemerlang.

Melayakkan Trent Alexander Arnold menjadi MOTM dalam perlawanan ini.

Assist ke-50

Dia mencetak assist ke-50 dalam EPL dalam kariernya dengan 2 assist dalam perlawanan ini.

Assist pertama agak kontroversi dengan Arnold pada awalnya mengendalikan bola dengan tangannya. Namun pengadil membenarkan gol itu.

Assist keduanya adalah tipikal visi Trent Alexander Arnold di mana dia cepat mengesan Darwin Nunez di zon serangan.

Secara keseluruhan Trent Alexander Arnold melakukan 135 hantaran dalam perlawanan ini dengan ketepatan 92%.

Sumbangan pertahanan

Dari segi pertahanan, dia melakukan 4 bentesan dan 3 adalah berjaya. Melakukan 2 clearances dan 2 pintasan.

Saksikan sendiri passmap oleh pemain yang disisihkan Gareth Southgate sebelum ini kerana krisis prestasinya.

Peranan Ibrahima Konate yang lebih mobiliti juga banyak membantu Trent dalam peranan baharunya. Dengan Mohamed Salah banyak turun lebih ke bawah.

Walaupun Konate bertanggungjawab di atas gol Leeds, namun secara keseluruhan, dia penting dari segi taktikal untuk memastikan Trent Alexander Arnold membina progression.

Baca yang lain