Analisis Taktikal: Peranan Mount Sebagai ‘Hole Player’ Dan Quick Switching Play Chelsea

Chelsea menang 2-0 ke atas Burnley dalam satu perlawanan yang sangat baik walaupun bukan tahap terlalu cemerlang. Tetapi mengambil kira Tuchel baru beberapa hari di Chelsea, kita boleh bagi kredit di atas adaptasi kesemua pemain ke atas taktikal Tuchel.

Set Up

Chelsea menggunakan sistem back 3 dengan 3-4-3 yang berkembang menjadi 3-4-1-2 di dalam perlawanan.

Mereka membina serangan berasaskan hole player yang digalas oleh Mason Mount.

Peranan Mason Mount

Agak menarik kerana fokal kepada sistem ini di tengah ialah Mason mount. Mount memainkan peranan yang cemerlang di zon 14. Pemain yang berada di koridor tengah serta konduktor penghubung garisan tengah dan serangan.

Sedia turun ke bawah untuk menerima bola daripada pertahanan ataupun bersedia melegakan tekanan apabila barisan serangan buntu.

Chelsea lebih tenang dalam binaan serangan kali ini. Jorginho masih lagi pivot. Burnley jelas sekali menekan pivot tersebut. Namun lihat di bawah ini Kovacic sangat tenang menawarkan dirinya untuk menerima bola.

Dan seterusnya Mason Mount memainkan peranannya di hole area.

Pada separuh masa kedua, Tuchel mengarahkan Mount untuk lebih bebas dan roaming di tengah.

Tuchel mengeluarkan Tammy Abraham dan memasukkan Christian Pulisic untuk lebih kestabilan di bahagian tengah.

Gandingan Mount, Kovacic dan Jorginho ini telah diminta untuk melakukan pertukaran arah / switching play secepat yang mungkin ke ruang yang terbuka.

Ini kerana Burnley memang dijangka akan cuba parking bas dan mahu menyerang balas. Ketika Burnley cuba memburu bola, sudah pastinya ruang di sebelah biasanya akan terbuka. Maka bola harus segera dihantar ke situ.

Ini situasi yang menunjukan bahawa Burnley tak berminat menekan bola secara terus. Sebaliknya mereka drop ke bawah dan menutup ruang kompak di sebelah aliran bola.

 

Ruang di sebelah akan terbuka dan perlu segera digunakan.

Menariknya Switching play mereka banyak dari kanan ke kiri. Zon kanan adalah ruang permainan utama pasukan Chelsea. Tuchel memfokuskan kekuatan  dan dinamism di sebelah kanan terutamanya menerusi Hudson Odoi.

Whoscored melaporkan 41% aksi Chelsea adalah sebelah kanan.

 

Struktur belakang

Chelsea membina serangan dari bawah. Dan kunci utama adalah bek tengah sebelah kiri mereka iaitu Cesar Azpilicueta yang bertenaga dan sangat bagus dengan bola.

Thiago Silva lebih statik dan menjadi last man untuk bertahan kerana dia membaca perlawanan dari bawah dan menggunakan kekuatan fizikalnya untuk bertahan.

Di bahagian belakang Chelsea, mereka sangat stabil. Sehinggakan Burnley yang sangat fizikal pun gagal mengatasi mereka secara duel. Lebih sadis buat Burnley, cuma 1 percubaan gol mereka hasilkan iaitu pada masa kecederaan separuh masa kedua. Itupun daripada situasi sepakan penjuru.

Setiap kali Burnley akses ke final third para pemain Chelsea perlu mengambil seorang pemain untuk dikawal. Ini salah satu pendekatan yang membuatkan Burnley hampir sifar shots.

Penguasaan bola

Dua perlawanan terakhir Chelsea dengan penguasaan bola yang sangat tinggi iaitu 79% dan 71%. Namun penguasaan tidak akan memberikan kemenangan jika tidak ada gol.

Secara jujurnya barisan serangan Chelsea masih tidak berada pada tahap terbaik. Dua gol mereka hari ini dihasilkan pemain pertahanan.

Mungkin ini akan menjadi senarai semak utama Tuchel di pusat latihan minggu ini.

Memang gol itu akan tetap gol walaupun dihasilkan sesiapa sahaja. Namun dalam bola sepak, sangat penting barisan serangan yang tajam.

Jika tidak, Chelsea akan menjadi pasukan yang menguasai bola tanpa gol seperti mana sebelum ini. Ini adalah peluang Werner membangkitkan semula semangatnya di hadapan gol.

Rumusan

Chelsea menang kerana mereka pasukan lebih baik. Dan keadilan mereka ditegakkan oleh gol pemain pertahanan mereka dalam perlawanan ini.

Marcos Alonso memang salah seorang diverting runner yang bagus ketika era Conte. Salah satu sebab kenapa beliau kerap skor.

Posisi dan lariannya membuatkannya berada dalam kedudukan gol ini.

Tuchel berjaya memenangi perlawanan pertama. Secara taktikal, Chelsea lebih nampak ada pendekatan jelas. Namun masih mengharapkan pemain seperti Werner keluarkan auranya.

 

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali