Analisis Taktikal: Pressing Arsenal Terlalu ‘Panas’ Untuk Liverpool

Arsenal benar benar kembali ke dalam persaingan kejuaraan apabila menewaskan pasukan pendahulu liga, Liverpool di Emirates.

Ini adalah analisis perlawanan.

1. Pressing dan counter pressing Arsenal

Sejak dari minit pertama Liverpool bermasalah besar dengan sistem high pressing dan counterpressing Arsenal.

Gol ketiga Arsenal antara hasil terbaik daripada tekanan mereka ini. Di mana mereka berjaya menekan dan menyebabkan blok rendah Liverpool melakukan kesilapan.

Pada awal separuh masa pertama Arsenal sangat banyak berlegar di kawasan Liverpool. Mereka mencipta banyak peluang. Dan Liverpool harus menarik nafas lega kerana masuk ke bilik persalinan dengan 1-1.

Kerana Arsenal superior berbanding mereka dalam banyak perkara.

Ini adalah xG yang dicipta Arsenal. Ianya sangat tinggi menentang pasukan seperti Liverpool.

Martin Odegaard dan Jorginho menjadi dua watak penting dalam sistem ini. Odegaard akan membentuk tekanan tambahan di atas. Dan Jorginho akan mengisi ruang di belakangnya ketika pressing.

Declan Rice kekal dengan tugasannya selaku holding midfielder.

Statistik Jorginho dalan perlawanan ini sangat luar biasa, membuatkan dia menjadi man of the match.

Selain itu, Arsenal sentiasa meletakkan extra presser di setiap zon. Maksudnya. Setiap kali ada situasi 3 v 3 misalnya, akan ada pemain keempat Arsenal yang akan datang dan mengucar kacirkan zon tersebut.

2. Arsenal membunuh ruang

Satu lagi perkara yang menarik dilakukan Arsenal adalah penetration mereka yang sangat pantas. Mereka membunuh ruang ketika bertahan atau menyerang.

Membuatkan Liverpool tidak memiliki ruang tersebut.

Dengan Liverpool bermain dengan garisan yang sangat tinggi. Maka Arsenal harus cepat mengeksploitasi ruang di belakang pertahanan mereka.

Liverpool turut kurang perlindungan di hadapan garisan pertahanan. Misalnya punca gol pertama Arsenal berlaku, apabila Van Dijk cuba menekan penerima bola. Namun cepat sahaja bola dilepaskan ke ruang di belakangnya.

Seterusnya peranan Martinelli di belakang Trent Alexander Arnold juga sangat penting. Setiap kali pasukannya turun bertahan, dan Arnold naik ke atas, Martinelli akan kekal di garisan atas untuk menerima bola ketika mereka memenangi semula bola itu.

3. Pengurusan taktikal Arteta

Arteta menang secara taktikal ke atas Klopp. Memilih pendekatan terbaik untuk memulakan perlawanan. Dan memilih pendekatan terbaik untuk menamatkan perlawanan.

Dia menekan Liverpool sejak dari awal. Tidak membenarkan The Reds mara lebih jauh. Kemudian pada akhir perlawanan dia memasukkan pemain penyerang yang segar iaitu Trossard dan akhirnya menjaringkan gol pembunuh perlawanan.

Di tengah Arsenal nampak lebih stabil dengan fluiditi secara posisi digerakkan oleh pemain pemain terutama sekali Odegaard yang berkeliaran bagai anjing gila di seluruh padang.

Di pertahanan pula mereka lebih kompak dan tidak melakukan banyak kesilapan.

Arteta sebelum ini kerapkali dihampakan oleh pemilihan dan perlaksanaan taktikalnya ketika menentang Liverpool terutama sekali cara untuk mengekalkan penguasaan dan intensiti. Tidak hari ini. Klopp adalah second best kali ini.

4. Kesilapan defensif Liverpool

Alisson dan Van Dijk menjadi penyumbang terbesar kepada gol gol Arsenal dalam perlawanan ini. Alisson melakukan kesilapan ketika sweeping dengan Van Dijk pula teragak agak.

Kemudian satu lagi kesilapan penjaga gol dilakukan Alisson ketika dia gagal menyelamatkan bola yang melalui celah kakinya.

Arsenal turut melakukan satu kesilapan defensif. Namun mereka lebih baik dari segi ciptaan peluang dan pressing yang membolehkan mereka menang.

Selain itu terlalu ramai pemain Liverpool yang tidak beraksi dalam prestasi terbaik. Akhirnya mereka merasai juga kehilangan Mo Salah. Pemain untuk big game apabila pemain pemain lain hambar dia akan menjelmakan magisnya.

Baca yang lain