Analisis: Taktikal Terbaik United Di Bawah ETH — Casemiro Bantu De Gea

Manchester United menunjukkan prestasi terbaik mereka secara taktikal dalam perlawanan menentang Spurs.

Dengan kemenangan 2-0 yang mereka capai, mereka sempurnakannya dengan taktikal yang berkesan dan lebih semulajadi.

Peranan De Gea

De Gea kali ini lebih baik dari segi distribusi dan keterlibatan dalam binaan serangan di bawah.

Antonio Conte sentiasa menghantar 2 pemain penyerang utamanya untuk menekan Varane dan juga Martinez.

Namun ketika ditekan, dua pemain itu akan ke zon tepi / wide area. Ini untuk membolehkan De Gea memiliki opsyen menghantar kepada mereka.

Ketika inilah Casemiro akan turun ke bawah menawarkan dirinya untuk menerima bola. Sebelum ini De Gea selalu mengabaikan opsyen seperti ini kerana dia tak ada keyakinan ke atas rakannya mampu melepasi tekanan itu.

Ok video di bawah ni memang troll, tetapi ianya memang ada kebenaran, di mana De Gea sangat sukar mempercayai rakannya dalam sistem yang ditekan dengan tinggi oleh lawan mereka.

Dan kali ini dia lebih mempercayai rakannya. Ini antara contoh Casemiro menjadi half back untuk menerima bola daripada De Gea.

Kane dan Son menekan struktur asas United di bawah. Son tekan sampai ke De Gea.

Ketika ini, Varane ke tepi dan garis hantaran kepadanya masih ditutup.

Masalah itu diselesaikan dengan Casemiro menawarkan diri menjadi ‘outlet’ kepada bola seterusnya.

De Gea selalunya akan terus menghantar bola jauh ke atas dalam situasi ini.

Lihat passing map De Gea di sini, dia benar benar tidak menghantar bola bypass kawasan tengah.

Sebagai tambahan, 2 bek sisi Manchester United tidak diletakkan terlalu tinggi. Ini untuk membolehkan De Gea mendapat sokongan lebih baik daripada sisi ketika build up.

Selain itu ianya juga untuk mengekang serangan balas Spurs dari tepi. Conte jelas sekali tampil dengan sistem yang cuba menebuk Manchester United dari arah kiri dan kanan secara aktif.

Shaw berdepan dengan banyak serangan dari sebelahnya.

Peranan Fred dan Bruno Fernandes

Fred lebih kepada pembawa bola dari belakang. Dan Fernandes akan segera menjadi penyerang kedua di belakang Rashford ketika fasa serangan.

Fred boleh dikatakan sebagai ball carrier dan progressor utama untuk Manchester United.

Fred akan sentiasa menjadi lebih baik apabila dia semakin ke atas. Dengan peranan di belakangnya ada Casemiro, maka Fred dilepaskan dengan lebih bebas di atas sebagai playmaker tengah.

Hasilnya dia mendapat gol pembukaan, kerana dia memang ada kemampuan melakukan percubaan jarak jauh.

Seterusnya Bruno Fernandes menutup kecacatan United pada serangan iaitu no.9 yang tumpul. Ini masalah United dalam beberapa perlawanan terakhir.

Fernandes pernah melakukan perkara ini sebelum ini. Cuma dia agak merosot musim lalu.

Menariknya, Fred dan Fernandes sama sama menjaringkan gol.

Ini adalah heatmap Fred+Fernandes.

Rumusannya

Itu antara elemen taktikal yang sangat menarik dalam kemenangan 2-0 United kali ini. Dengan mereka melakukan 28 percubaan ke arah gol Spurs. Langsung tidak memberikan peluang kepada pemain pemain Spurs untuk memandang awek di tempat duduk penyokong.

Bak kata Thierry Henry, kita seharusnya tidak dikaburi cerita Ronaldo beredar sebelum perlawanan, kerana isu utama yang harus kita gariskan adalah, Man United bermain  bola sepak terbaik mereka setakat ini di bawah Erik Ten Hag.

Baca yang lain