Analisis: Tiada Masalah Tiada Tiki Taka, Tetapi Jangan Berteka Teki

Ketika menggalas tugasannya di Kedah, Aidil Sharin terus menyatakan bahawa di bawah kendalian beliau tidak akan ada benda benda macam tiki taka.

Ketika itu beliau menegaskan Kedah akan bermain dengan cara beliau dan kesesuaian pemain yang ada.

DNA yang tak diingini

Kedah sebenarnya antara pasukan yang sudah memiliki foundation yang kuat dari segi DNA bola sepak di bawah Tan Cheng Hoe.

Saya pernah bersembang dengan coach Ramon Marcote dan beliau menyatakan kredit kepada semua perkara itu adalah TCH. Beliau tak nak mengambil secebis pujian kerana hanya membantu Tan Cheng Hoe pada masa itu.

Namun kita semua tahu, Tan Cheng Hoe dan Ramon Marcote menjadi watak penting dalam pembentukan DNA free flowing football itu.

Walaupun di atas padang yang sukar, Kedah akan cuba bermain permainan kombinasi.

Bermain cantik tak akan menjami kemenangan. Tetapi apabila menang dengan permainan cantik, ianya kepuasan maksimum.

Apabila kalah dengan permainan cantik, ianya akan ada manfaat lain daripada kekalahan itu berbanding dengan kalah tetapi main buruk.

Ramon menyatakan kesukaran beliau dalam kepulangan semula ke Kedah kerana banyak benda yang perlu diperkasakan semula.

Beliau mahu pemain pemain ini faham cara Kedah bermain. Dan ada juga pemain yang senior dalam pasukan Kedah perlu di-refresh semula dengan sistem Kedah.

Oleh itu, Ramon Marcote terpaksa mengorbankan Baddrol Bakhtiar menjadi no.6 kerana beliau cuma ada Bad sahaja yang memahami cara permainan half back yang Kedah mahukan.

Tetapi sayang, jodoh dengan Kedah tak lama. Maka beliau terpaksa akur.

Cabaran Aidil

Seterusnya, permainan cantik ini gambaran kepada keserasian dan juga kerja berpasukan.

Long ball pun dikira cantik kalau taktikal itu jelas. Tiada masalah.

Namun sekarang ini, Kedah tengah struggle dengan DNA taktikal mereka. Aidil mengambil alih dan menekan reset button.

Musim pertama yang cemerlang dengan dua final cup competitions dan satu daripadanya menjadi juara.

Tetapi ukuran kepada konsitensi pasukan adalah pada liga. Pada 2019, Kedah menamatkan liga dengan hanya 34 mata. Dibezakan 19 mata daripada juara Liga Super 2019 iaitu JDT.

Kedah menang 9 kali, seri 7 kali dan kalah 6 kali. 15 perlawanan  mereka keciciran mata daripada 22 perlawanan. Itu angka yang amat tinggi.

Namun tak apa musim pertama.

Jangan Pep Singapura jadi Mourinho Manchester

Kisah Aidil Sharin ini tak ubah seperti yang berlaku pada Jose Mourinho musim pertama dan kedua di Man United.

Kita tahu media di seberang tambak menggelar beliau Pep Singapura. Namun dari segi karakter dan taktikal amat jauh bezanya. Mungkin mereka melabel nama tu sebab pencapaiannya pada usia muda sebagai coach?

Mengenang kisah Mourinho di Manchester United; Penyokong memberikan peluang untuk beliau membentuk DNA yang beliau mahukan. Dan pada masa yang sama Jose Mourinho memberikan 2 piala kepada Man United. Cup competitions.

Di bawah Jose Mourinho, Man United juga menamatkan saingan liga di tangga kedua. Namun jurang mata dengan juara liga jauh.

Masuk musim ketiga, peminat mulai demand DNA dan stabiliti dalam permainan. Kerana mereka tahu, DNA yang jelas ini akan membantu pasukan lebih stabil.

Ia akan menjadi panduan penting kepada pembelian pemain. Misalnya, jenis penyerang mana kau nak untuk kesesuaian pasukan kau?

Aidil Sharin musim ini agak bergelut pada awal musim. Apa yang berlaku, Kedah turut struggle dengan gaya permainan mereka.

Kemasukan beberapa pemain baharu masih mencari rentak. Walaupun liga hanya 3 perlawanan, namun hakikatnya Kedah sudah bermain 5 aksi kompetitif termasuk 2 perlawanan kelayakan Liga Juara Juara AFC.

Peminat Kedah menerima Aidil tak nak meneruskan kesinambungan / blue print yang dibuat oleh Tan Cheng Hoe sebelum ini.

Pemian ni pun ada hati juga, bukannya kejam. Mereka tahu bukan mudah nak buat team macam tu lagi. Lebih lebih lagi core player macam Liridon Krasniqi dah tak ada.

Kemudian, pemain pemain seperti Baddrol Bakhtiar bukannya boleh berlari deras sepanjang 90 minit lagi kerana isu peak.

Kedah turut kehilangan beberapa pemain utama dalam jendela perpindahan. Benda tu semua penyokong faham.

Team Aidil kena buat juga

Jadi, tugas Aidil Sharin sekarang adalah untuk memastikan kestabilan itu segera ditemui. Semua ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk staf sokongan dalam kejurulatihan dan para pemain.

Mereka ada keupayaan menjaringkan gol. Namun rapuh di pertahanan. Masalah ni sebenarnya sudah lama berlaku.

Dalam kita syok menyediakan serangan, jangan dilupakan aspek pertahanan.

Jadi, ini adalah tahun kedua beliau di Kedah, sepatutnya beliau ada satu kesinambungan yang jelas di dalam projek mereka.

Takkan nak cakap, ala, memang susah nak kejar JDT kan? Itu alasan yang naif untuk pasukan seperti Kedah.

Aidil sendiri tahu tentang perkara itu, dan tahu sekarang dia berada di Kedah. Memang tak adil nak point masalah kepada beliau sahaja. Namun hakikatnya, beliau adalah nakhoda kapal Kedah.

All the best Kedah.

Baca yang lain