Analisis: Ultra Offensive 2-3-5 Antara Sebab Kompany Buat Kerja Luar Biasa Bantu Burnley Layak Ke EPL

Vincent Kompany berjaya membantu Burnley naik semula ke EPL, hanya pada musim pertamanya bergelar pengurus di kelab itu.

Namun kejayaan Kompany di Burnley ini sangat signifikan. Menguatkan lagi namanya sebagai pengurus baharu yang dianggap memiliki masa depan sangat cerah di hadapannya.

Berikut adalah 4 sebab utama kenapa Kompany harus menerima pujian sangat besar hasil daripada kerjanya yang luar biasa.

1. Mengubah gaya permainan Burnley

Burnley seringkali mengingatkan kita kepada bola sepak yang keras dan fizikal. DNA yang mereka miliki pada era Sean Dyche terutamanya.

Namun Kompany mengubah pasukan itu kepada pasukan yang lebih selesa dengan permainan taktikal dengan aliran bola berbanding ‘tidak mahu menyimpan bola lama lama.”

Transisi dilakukan dengan sangat baik. Kompany dan staf kejurulatihannya berjaya membantu pemain memahami apa yang mereka mahukan.

Malah di Liga Kejuaraan Burnley kerap mengaktifkan taktikal ala Guardiola iaitu 2-3-5 atau 3-2-5 pada fasa ultra offensive.

Gaya permainan yang cantik ini membuatkan Burnley sangat seronok ditonton.

Oleh sebab itu Pep Guardiola pernah berkata: “Vincent Kompany adalah pengurus Man City di masa akan datang, itu sudah tertulis di bintang.”

Kompany merombah struktur kejurulatihan di Burnley secara total. Di mana dia meletakkan ramai penganalisis taktikal dan teknikal bersamanya.

Mereka diminta untuk menghantar laporan dengan segera kepadanya setiap kali tamat perlawanan ataupun selepas memerhatikan lawan mereka yang seterusnya.

Aspek kecergasan juga sangat dititikberatkan, kerana kecergasan akan menjadi aspek penting dalam memberikan perbezaan kepada seseorang pemain itu dalam prestasi mereka.

Anda boleh saksikan perkongsian ini:

2. Kehilangan 21 pemain

Selepas Burnley turun ke divisyen bawahan, mereka kehilangan sebahagian besar pemain. Di mana 21 pemain terpaksa dilepaskan atas pelbagai alasan.

Daripada kontrak habis, dijual dan sebagainya.

Kompany berkerjasama dengan 21 pemain baharu di kelab itu. Dan mengintergrasikan 21 pemain ini dengan sebaiknya dalam masa yang sangat singkat.

3. Mengubah mentaliti

Ketika mereka kalah di tangan Man City dalam pertandingan piala, Kompany mengingatkan pemain pemainnya bahawa, walaupun mereka berada di kedudukan pertama pada carta Liga Kejuaraan Inggeris, hakikatnya, kedudukan itu sebenarya ke-21 di England pada masa itu.

Kompany mahukan pemainnya belajar daripada kekalahan itu untuk persiapan mereka di masa akan datang.

Kompany dikenali sebagai pengurus yang sangat tegas dan pada masa yang sama seorang pakar motivasi.

Para pemain di Burnley pada hari ini memiliki mentaliti kejuaraan yang ditanam oleh Kompany.

4. Layak dengan baki 7 perlawanan lagi

Dengan prestasi yang luar biasa, hanya kalah 2 kali sahaja setakat ini, mereka mencatatkan rekod luar biasa. Dalam sejarah Liga Kejuaraan, hanya ada 1 pasukan lebih banyak mata daripada Burnley musim ini, selepas 39 perlawanan.

Burnley kini mencatatkan rekod sebagai pasukan paling pantas menempah slot ke EPL di dalam sejarah Liga Kejuaraan.

Konsistensi Burnley membuatkan mereka menempah slot ke EPL musim hadapan dengan baki 7 perlawanan lagi.

Mereka memiliki catatan gol yang luar biasa dengan 76 gol setakat ini. Serta 17 clean sheet dilakukan.

 

Baca yang lain