Analisis: Video Ini Paparan Contoh Counterpessing Terbaik

Counter pressing juga disebut gegenpressing dalam bahasa Jerman.

Jurgen Klopp pernah melabel, gegenpressing / counter pressing sebagai playmaker terbaik di atas padang.

Ini kerana, apabila sesebuah pasukan itu bermain dalam satu unit untuk komited kepada gegenpressing ianya akan membantu pasukan memenangi bola dan menyerang bersama sama.

Counterpressing merujuk kepada satu corak pressing yang dilakukan secara terus sebaik sahaja pasukan tersebut kehilangan bola.

Ada beberapa jenis Counterpessing. Ada yang menggunakan sistem tekanan ruang, tekanan posisi, tekanan secara hibrid dan sebagainya.

Video ini adalah video pasukan B-21 Sweden yang bermain counterpressing berhadapan dengan Ireland.

Apa yang diperlihatkan di sini adalah corak mereka menekan Space – berdasarkan counter pressing yang space oriented.

Seterusnya adalah antisipasi / agakan / game reading daripada bahagian belakang di bek posisi bek tengah.

Sokongan daripada belakang yang naik dan turun secara berasukan ini memerlukan pada pemain cakna dengan corak gerakan dan tekanan yang sedang mereka mainkan.

Kombinasi permainan mereka membentuk tekanan yang sangat cantik dan tak berterabur.

Saksikan gais:

Pasukan lawan tidak mendapat ruang dan masa yang selesa untuk melakukan sesuatu. Yang akhirnya mendesak kesilapan.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah