Andy Gray Bengang VAR Batalkan Gol Kane Kerana Ketiak Ofsaid

VAR sebelum ini sudah menyatakan bahawa, ofsaid seperti ketiak, jari kaki, dan sebagainya, tidak akan ada lagi musim ini. Musim lalu, VAR bertindak seperti forensik dan membuatkan pengadilan ofsaid menjadi tidak menyenangkan ramai pihak.

Namun sebenarnya VAR dan ofsaid yang sebesar zarah masih lagi wujud.

Pengadil EPL diingatkan agar lebih bijak

Sebelum ini, Telegraph melaporkan bahawa Premier League telah memberikan amaran kepada pengadil agar tidak terlalu mudah memberikan penalti pada musim akan datang.

Ianya selepas EPL musim lalu memberikan menghadiahkan 125 penalti dalam semusim. Dan itu dianggap angka tidak masuk akal.

Selain itu, Ketua pengadil Premier League, Mike Riley, mengesahkan musim ini akan ada sedikit rombakan untuk prosedur teknologi pengadil video, dengan perubahan pada cara menafsirkan keputusan offside yang ditetapkan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan yang sedang menyerang.

Ini selepas VAR musim lalu terlalu banyak memberikan ofsaid kerana jarak yang terlalu kecil dan nipis.

Misalnya, ibu kaki, jari yang terlebih sedikit membuatkan mereka dianggap ofsaid. Penggunaan garis lebih tebal dalam paparan video VAR.

Riley menegaskan bahawa, VAR tidak sepatutnya bertindak menjadi terlalu forensik sehinggakan garis yang digunakan terlalu nipis. Jika garis pemain penyerang lebih kabur kerana garisan pemain pertahanan, maka ianya dikira onside.

Riley berkata lagi: “Kami sekarang memperkenalkan kembali manfaat daripada keraguan [benefit of doubt] ke atas pemain penyerang. Secara efektif kami akan memberikan semula 20 gol yang dibatalkan musim lalu kerana disiasat menggunakan pemeriksaan yang cukup forensik.”

Sambil menunjukkan beberapa analisis, Riley berkata: “Ini adalah kuku kaki, hidung pemain yang musim lalu offside – musim ini mereka akan onside berdasarkan peraturan terbaru. ”

Tetapi jelas sekali VAR terus berdepan dengan isu konsistensi dan perlaksanaannya.

Terbaru mangsanya ialah Harry Kane. Dalam aksi berdepan dengan Southampton, Harry Kane dibatalkan golnya kerana ketiaknya ofsaid.

Ramai yang menganggap pembatalan gol itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Masalah ini sebenarnya berlaku musim lalu terutama sekali melibatkan Roberto Firmino dan Sadio Mane. Dan ini terjadi kepada Kane.

Andy Gray dalam analisisnya tidak percaya bagaimana VAR boleh menganggap Kane ofsaid kerana ketiaknya. Kerana pemain bola sepak tidak boleh menjaringkan gol dengan ketiak.

Gray dan rakan punditnya menjelaskan kesemua anggota badan Kane yang boleh digunakan menjaringkan gol, berada di belakang garisan ofsaid. Namun hanya ketiaknya sahaja yang terlajak.

Ramai yang percaya Harry Kane sebenarnya onside dalam keadaan tersebut. Dan VAR pula cuba sedaya upaya membuatkan kapten England itu ofsaid.

Walaupun gol Kane dibatalkan, namun Spurs berpeluang untuk menewaskan Southampton dengan kelebihan seorang pemain.

Ini selepas Mohamed Salisu dibuang padang pada lewat separuh masa pertama.

Walaupun berhadapan dengan 10 pemain Soton, Spurs masih gagal memanfaatkan kelebihan mereka. Malah Spurs hanya mampu seri 1-1 di St Mary.

Baca yang lain