Antony Desak Ajax Terima Bidaan €80 Juta United, Namun Kelab Berkeras Minta €100 Juta

Manchester United dijangka membuat bidaan yang lebih baik sekitar €90  juta untuk penyerang Ajax, Antony.

Pemain Brazil itu mendesak untuk meninggalkan juara Belanda itu selepas tawaran terakhir United sebanyak €80 juta ditolak.

United telah menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan tawaran mereka untuk pemain berusia 22 tahun itu dan juga akan membida Cody Gakpo dari PSV Eindhoven.

Jadi selepas bidaan €80 juta mereka ditolak, Red Devils sedia mengemukakan tawaran terbaru mereka.

Ajax berkeras meminta Manchester United membayar €100 juta untuk Antony. Ini kerana Ajax mahukan €80 juta milik mereka dan €20 juta lagi adalah bayaran kepada Sao Paulo.

Hal ini kerana, ketika membeli Antony dari Sao Paulo, Ajax bersetuju dengan klausa jualan sebanyak 20% akan menjadi milik Sao Paulo jika Antony dijual.

Antony sudah ponteng latihan Ajax selama 2 hari berturut turut pada minggu lalu, kerana dia mendesak perpindahan ke Manchester United.

Bukan itu sahaja, ia turut memuat naik gambar dia dan abangnya, yang merangkap ejennya, sedang bersenang senang di rumah menyaksikan perlawanan di antara Manchester United dan Liverpool.

Antony merupakan pemain penyerang sayap yang meningkat naik ketika dikendalikan oleh Erik Ten Hag di Ajax.

Sebelum ini, dia bukanlah pemain yang ternama. Namun ternyata scouting Ajax dengan cemerlang menemui bakat dari Brazil itu.

Antony memberitahu kenalan rapatnya di Ajax bahawa dia sangat obses mahu bermain di Liga Perdana Inggeris terutama sekali dengan Manchester United.

Antony tiada masalah menerima tawaran terma peribadi daripada Manchester United/ Dan dia berharap kelab Ajax akan lebih bertimbang rasa dengannya untuk menerima tawaran daripada Manchester United.

Ajax yang sedar bahawa Antony sudah mahu pergi, maka mereka kini sedang mempertimbangkan untuk membawa pulang Hakim Ziyech dari Chelsea.

Jika Antony terpaksa dilepaskan, Ajax menjadikan Ziyech sebagai calon pengganti utama kepada pemain itu.

Erik Ten Hag sangat mahukan Antony menyertai pasukannya untuk menguatkan lagi barisan serangan Manchester United.

Jendela perpindahan kini memasuki minngu terakhir. Adakah kita akan menyaksikan Antony berseragam United tidak lama lagi?

United setakat ini sudah membeli Lisandro Martinez, Casemiro, Tyrell Malacia dan juga menandatangani Christian Eriksen secara percuma.

Baca yang lain