Apa Nasib Rui Pinto, Hacker Yang Bocorkan ‘Kecurangan’ City, Masih Hero Masyarakat?

Masih ingat dengan Rui Pinto? Hacker yang dijulang sebagai hero oleh ramai peminat bola sepak.

Malah banyak ultras dari seluruh dunia bersolidariti untuk hacker Der Spiegel itu sebaik sahaja dia ditahan kerana membocorkan dokumen Man City kepada umum.

Mereka meminta agar Rui Pinto dibebaskan. Kerana Pinto telah mendedahkan korupsi dalam dunia bola sepak termasuk Gianni Infantino yang kini merupakan Presiden FIFA.

Antara pendedahan yang beliau buat adalah berkaitan dengan PSG dan Manchester City.

Beliau telah menggodam sistem pengkalan data Man City dan mendedahkan banyak email dan dokumen yang berkaitan dengan salah laku melanggar Financial Fair Play.

Pinto melakukan kerja beliau dari rumahnya di Portugal.

Dan kemudian telah menyebarkan dokumen tersebut kepada media-media besar di dunia termasuk beberapa tokoh dalam pengurusan bola sepak. Antaranya Jose Mourinho.

Namun Mourinho ketika itu tidak dapat mendedahkan lebih lanjut, cuma memberikan bayangan: “Saya sudah tahu beberapa tahun lalu. Lihat sahaja cara mereka berbelanja.”

Ye la, Mourinho kan sesama Portugis.

Pinto memulakan kerjanya pada 2015. Dan beliau kemudian mengedarkan dokumen itu pada November 2018.

Man City menuduh Pinto sebagai pencuri dan mencabar UEFA – adakah UEFA sanggup menggunakan dokumen yang digodam untuk dijadikan bahan bukti? Kerana ia menurut Man City tidak beretika.

Akibat daripada dokumen yang disebarkan oleh Pinto itu, UEFA mendapat desakan daripada ramai pihak untuk membuka semula siasatan.

Dan akhirnya, Manchester City tersabit dengan kesalahan. Namun malangnya Pinto kini berada di penjara berhadapan dengan pelbagai kesalahan jenayah siber.

Walaupun dijulang sebagai wira oleh ramai pihak – kecuali mereka yang terkena – Pinto kini telah berada di penjara – berhadapan dengan 90 pertuduhan termasuk, hacking, sabotaj dan fraud.

Pinto telah mengakses kepada 70 juta dokumen bersaiz 3.4 TB melibatkan pelbagai kelab.|

Rayuan Pinto pada Khamis lalu ditolak, dan beliau sudah dipenjara sejak Mac. Beliau kini menuggu keputusan mahkamah rayuan di Lisbon.

Berita tentang hukuman ke atas Man City telah membuatkan semakin ramai yang berkempen Free Pinto di media sosial.

Penyokong Borussia Dortmund telah menaikkan banner meminta pihak berkuasa untuk menggugurkan kes Pinto. Kenapa dia perlu didakwa jika dokumen yang dia edarkan itu ternyata menunjukkan salah laku pihak berkaitan?

Pinto sebenarnya sudah tahu akibatnya. Beliau berkata kepada wartawan di Jerman: “Saya sudah tahu apa yang akan berlaku. Saya tahu kerajaan Portugal akan menghukum whistlebolwers. Jadi saya harus bersedia.”

“Kerajaan Portugal takut dengan apa yang saya tahu. Inilah sebabnya saya perlu kekal fokus.”

“Pada awalnya, saya menulis nota berkaitan kes ini di buku nota saya. Namun ianya telah dirampas.”

“Peguam saya telah telah mencarinya di seluruh kawasan lokap saya dan beliau berkata, ianya salah untuk mereka mengambil nota itu daripada saya.”

“Bukan warden penjara yang mengambilnya, tetapi pendakwaraya Portugal. Mereka buat apa sahaja mereka mahu. Sebulan masa yang mereka ambil untuk mengembalikannya kepada saya.”

Baru baru ini, Rui Pinto telah dibebaskan dan beliau menjalani kehidupan seperti biasa di rumahnya.

Beliau menjalani lockdown seperti rakyat Portugal yang lain ketika wabak melanda.

Pinto bukannya membocorkan maklumat City saja, malah sudah banyak membongkar salah laku yang lain.

Namun akhirnya beliau dikenakan 147 pertuduhan ketika membongkar maklumat Man City. Yang peliknya, selepas meneliti dokumen beliau UEFA membuka semula siasatan berdasarkan informasi beliau berikan dan mengenakan hukuman ke atas City di atas salah laku FFP.

Tetapi Pinto masih dipenjara.

City bebas

Pada 13 Julai 2020, Manchester City dibebaskan daripada pertuduhan salah laku UEFA.

Lantas membawa kepada persoalan, adakah Rui Pinto masih menjadi hero di mata masyarakat?

UEFA dalam kenyataannya mengesahkan bahawa CAS menghapuskan hukuman penggantungan dua tahun City dan mengurangkan denda kepada GBP10 juta.

Ramai peminat Man City mahu Rui Pinto menanggung akibat di atas kesalahannya.

Pinto terus menjadi kegerunan

Pada pertengahan April, Pinto dibebaskan namun dilarang meninggalkan Lisbon kerana masih perlu hadir ke perbicaraan yang lain.

Peguam Pinto kemudian membuat kenyataan media menyatakan Pinto menjadi tahanan di rumah dan tak dibenarkan menggunakan internet.

Ada juga laporan menyatakan Pinto ketika ditahan di Budapest, telah berkongsi data 10 hard drive miliknya yang di-encrypt bersama dengan mereka yang sebelum ini ada akses kepada password.

Hard drive itu mengandungi bermacam macam maklumat berkaitan dengan salah laku banyak organisasi di Portugal dan sebagainya.

Sebelum ini Pinto antara mereka yang membuatkan pemain seperti Cristiano Ronaldo, Neymar dan Messi tersabit dengan salah laku berkaitan kewangan.

Beliau menerbitkan beberapa dokumen menerusi Football Leaks.

Untuk Messi dan Ronaldo, mereka disabitkan dengan kesalahan menyembunyikan wang cukai. Manakala Neymar dikaitkan dengan isu menggelapkan wang perpindahan yang diterimanya dari Barcelona.

Malah Barcelona turut dikaitkan dengan isu pemalsuan angka pembelian Neymar yang sebenarnya dilaporkan lebih tinggi daripada Gareth Bale – ketika Bale menjadi pemain termahal di dunia.

Kerajaan Sepanyol mendapat balik jutaan Euro milik mereka hanya kerana hacking daripada Pinto.

Pinto bekerjasama dengan kerajaan Portugal?

Beberapa kelab dan organisasi bola sepak di Portugal dikatakan kepanasan apabila Pinto didapati sudah berjaya mendapat informasi tentang kelab mereka. Ini termasuk Sporting Clube de Portugal, serta FA Portugal.

Peguam beliau turut menyatakan Pinto sedia bekerjasama dengan Polis untuk membongkar lebih banyak salah laku.

Namun buat masa ini, Pinto tidak dibenarkan menggunakan internet dan meninggalkan kediamannya.

Jika benar Pinto bekerjasama dengan polis selepas ini, bermakna Pinto mungkin akan terlepas hukuman berat di Portugal. Pinto pernah berikrar akan terus membongkar salah laku kelab dan pemain.

Baru-baru ini, dan paling dramatik, pada bulan Januari, Pinto dinyatakan sebagai sumber di sebalik dokumen dan e-mel yang bocor yang mendedahkan bagaimana Isabel dos Santos, wanita terkaya di Afrika dan putri mantan presiden Angola, telah mengumpulkan kekayaannya $ 2 bilion.

Bulan lalu, seorang hakim Portugis memerintahkan penyitaan semua aset dos Santos di negara itu, dan pada Januari pendakwa Angola menuduhnya melakukan penggelapan dan pengubahan wang haram.

Dos Santos menafikan semua tuduhan terhadapnya. Pengungkapan itu dijuluki “Luanda Leaks” dan diterbitkan oleh sebuah konsortium media antarabangsa yang merangkumi The New York Times.

William Bourdon, seorang peguam yang berpusat di Paris untuk pasukan undang-undang Pinto, mengatakan bahawa dia percaya kaitan Pinto dengan kes dos Santos telah membantu mengubah persepsi Pinto di Portugal.

Pinto tetap hero di mata peminatnya

Di mana para penyokongnya menggambarkannya sebagai pemberi maklumat yang tulen dan lawannya melukis lebih gelap watak.

Bourdon telah mewakili orang-orang berprofil tinggi lain yang membocorkan maklumat sensitif ke domain awam, termasuk bekas kontraktor perisik Edward Snowden.

Salah satu tuduhan yang dihadapi Pinto adalah sebuah agensi bola sepak yang Pinto dituduh cuba memeras ugut dengan menawarkan untuk menghapus maklumat sulit dan sangat berimpak tinggi dengan pertukaran sebanyak 1 juta euro.

“Saya rasa Luanda Leaks telah dilanda gempa,” kata Bourdon kepada The Times.

“Saya rasa ini membuka mata orang Portugis atas sumbangannya yang serius.”

Namun, tuduhan terhadap Pinto tetap serius. Perbicaraannya, walaupun terdapat kesan krisis coronavirus yang sedang berlaku, dijadualkan akan berlangsung pada hujung musim panas ini.

Dan masih ada ketidakpastian mengenai apa yang dapat dilakukan oleh Pinto dengan pihak berkuasa Portugal.

Undang-undang Portugal tidak membenarkan perjanjian kerjasama dengan individu yang dituduh secara jenayah, sesuatu yang biasa di Amerika Syarikat.

Terdapat juga kebimbangan bahawa maklumat yang dikumpulkan oleh Pinto tidak dapat diterima di mahkamah Portugis kerana maklumat tersebut diperoleh secara haram.

Buat masa ini, peguam Pinto mengatakan, rancangannya adalah untuk mencuba dan memindahkannya ke tempat penginapan yang lebih besar dan selesa daripada yang dia temui sekarang.

Jadi korang rasa Pinto hero ataupun villain?

Rujukan tambahan

NY TIMES

FCCED

The Guardian

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah