Arab Saudi Lancar Kempen Minta Maaf Kepada Jepun Kerana Penyokong Rasis Ke Atas Yoshida

Maya Yoshida sudah bermain dalam banyak perlawanan di kelab dan negaranya. Dan dia menafikan bahawa dia seorang yang mudah koyak hanya kerana ditertawakan oleh penyokong lawan.

Namun Yoshida menegaskan dia bertindak agresif kerana ada penyokong Arab Saudi yang melakukan isyarat rasis ke atasnya.

Kapten Jepun dilihat bertindak dengan meluru ke arah seksyen penyokong kerana telah diserang secara rasis.

Ketika itu Yoshida sedang bersiap sedia untuk temuramah selepas perlawanan di mana Jepun kalah di tangan Arab Saudi dalam kelayakan Piala Dunia 2022, bagi zon Asia.

Yoshida berkata kepada wartawan: “Ada sikap rasis ke atas kami. Sukar diterima, dan ia juga berlaku dalam perlawanan kelayakan sebelum ini. Sangat mengecewakan.”

Selepas insiden itu, media dan peminat bola sepak Arab Saudi melancarkan kempen “Rakyat Saudi meminta maaf kepada Jepun”.

Sebuah laman Twitter turut memuat naik semula video tersebut dan menyatakan bahawa kelakuan rasis itu tidak mewakili rakyat Saudi keseluruhan, sambil mengecam ia sebagai sikap dangkal seorang individu dalam video tersebut.

Akaun twitter Persekutuan Saudi menulis: “Terima kasih kepada peminat Jepun yang menyokong kedua pasukan dengan mengibarkan bendera Kerajaan Arab Saudi – Arabia di Stadium King Abdullah.”

“Kami juga berharap anda akan memberikan yang terbaik pada perlawanan berikutnya,” merujuk kepada foto peminat peminat Jepun mengibarkan bendera Jepun dan Arab Saudi sebagai tanda sokongan kepada pasukan negara mereka dan pada masa yang sama kepada Arab Saudi.

Ini kerana negara negara Asia bergelut dengan isu pandemik pada ketika ini. Peminat bola sepak akhirnya dapat kembali semula ke stadium selepas sekian lama. Itu yang membuatkan penyokong penyokong Jepun berbuat demikian.

Di media sosial, ramai peminat Arab Saudi mengecam individu tersebut dan mereka meminta maaf kepada Jepun.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan