Arda Guler Cedera Lagi, Real Madrid Pecat Doktor Kelab

Arda Guler sebelum ini mengalami kecederaan lutut dan terpaksa dibedah. Dan pemain itu baru sahaja kembali ke pusat latihan untuk berlatih.

Malangnya, Arda Guler mengalami 1 lagi kecederaan dan diarahkan masuk ke bilik rawatan sekali lagi.

Keadaan ini membuatkan pengurusan tertinggi Real Madrid yang diketuai Florentino Perez bengang dengan doktor perubatan kelab itu.

Real Madrid memecat doktor Niko Mihic yang dianggap tidak cukup kompeten dalam tugasannya. Gagal dalam pengurusan kecederaan dan rawatan pemain.

Sebelum ini Arda Guler sebenarnya memang sudah tiba dari Fenerbahce dengan kecederaan di meniskus. Namun kecederaan itu sangat ringan.

Ketika itu kelab bertanya kepada Mihic adakah pemain itu perlu menjalani pembedahan terus? Mihic menyatakan tidak perlu dan dia dirawat dengan cara konservatif sahaja kerana kecederaannya itu sangat kecil menurutnya.

Apa yang lebih mengecewakan, Mihic memberikan lampu hijau bahawa pemain itu sebenarnya boleh berlatih dan bermain dalam aksi pra musim di Amerika Syarikat.

Akibat cuai dalam penilaiannya pemain itu mengalami kecederaan ketika latihan. Pihak kelab kemudian bertelagah dengan pihak perubatan yang dianggap telah mengambil keputusan yang silap. Doktor Niko Mihic mulai hilang populariti di kalangan lembaga pengarah kelab.

Arda Guler yang dibeli dengan nilai €20 juta terpaksa menjalani pembedahan.

Kira kira 2 minggu lalu, pemain itu kembali berlatih untuk Real Madrid. Dan sekali lagi dia cedera.

Mihic sudah berkhidmat di Real Madrid sejak 2017. Mengenang jasa dia sudah lama berbakti kepada kelab itu dia akan diberikan jawatan lain selain daripada doktor pasukan utama.

Kelab masih berterima kasih dengan Mihic kerana dia sebenarnya menjadi figura penting dalam membantu Real Madrid menjuarai liga musim 2022/21 kerana kecekapannya mengendalikan kecergasan pemain ketika fasa lockdown pandemik.

Kelab lain bergelut untuk mendapatkan kecergasan terbaik pemain pemain mereka. Namun Mihic berjaya melakukan tugasannya dengan sangat baik.

Tetapi cara dia mengendalikan Arda Guler membuatkan kelab mulai hilang kepercayaan kepadanya dalam isu pengendalian kecederaan pemain.

Carlo Ancelotti sebelum ini mengesahkan bahawa Guler benar benar murung kerana dia terdesak mahu bermain untuk Real Madrid.

Arda Guler menjadi pemain muda yang sensasi musim lalu selepas menunjukkan aksi cemerlang bersama Fenerbahce.

Seterusnya krisis kecederaan Real Marid musim ini benar benar meruncing. Beberapa bintang utama mereka mengalami kecederaan panjang termasuk Courtois, Eder Militao, David Alaba dan Ferland Mendy.

 

Baca yang lain