Arif Aiman Membunuh Harapan Rep Kyrgyz Dengan Shoulder Feint Dan Visinya

Arif Aiman menjadi nadi penting kebangkitan pasukan Malaysia ketika menang dengan comeback dramatik menentang Republik Kyrgyz.

Di mana penyerang handalan JDT itu melakukan 3 assist dan juga mencetuskan 1 lagi gol sendiri lawan.

Arif Aiman dimainkan sebagai pemain dengan peranan agak bebas di sebelah kanan digandingkan dengan Darren Lok dan juga Faisal Halim di zon serangan.

Arif Aiman melakukan sepakan penjuru yang menarik secara out swinger untuk gol pertama dan ketiga oleh Dion Cools.

Kemudian dia melakukan gelecekan jahat ini dengan shoulder feint yang menjadi trademarknya. Memakan pertahanan lawan dengan acceleration ketika menukar haluan bola.

Paling penting adalah power yang ada padanya ketika mengekalkan penguasaan bola ketika dia sebenarnya hampir kehilanganya. Dan dengan licik melakukan assist kepada Faisal Halim yang merupakan assist kemenangan.

Ini berkaitan dengan visi dan kreativiti yang ada padanya. Visinya sudah melihat ke mana gerakan Faisal Halim menunjukkan betapa mereka berdua semakin serasi bersama.

Walaupun Dion Cools dipilih sebagai MOTM secara rasmi. Namun Arif Aiman pun antara pemain yang layak memenanginya.

Dia menunjukkan sumbangan luar biasa dengan 3 assist dan 1 lagi sumbangan tidak langsung kepada gol yang menjadi turning point kepada Malaysia untuk bangkit dan menang. Kerana lawan tertampan bola ke gawang sendiri.

Apapun selamat maju jaya buat Kyrgyz hmm…

Saksikan highlight:

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di