Arsenal Ancam Batalkan Keahlian Penyokong Jual Balik Tiket Perlawanan Lawan Wolves

Aksi terakhir Arsenal di tempat sendiri menentang Wolves telah menjadi sangat laris.

Memandangkan Arsenal berada dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dan kelab sudah menerima aduan bahawa ramai pemilik pas bermusim dan juga ahli kelab yang mendapat tiket telah menjual tiket pada hari tersebut kepada orang lain dengan harga yang sangat tinggi.

Perlawanan melibatkan Arsenal musim ini laku keras kerana anak anak buah Arteta benar benar bersaing dalam kejuaraan liga.

Arsenal turut mengingatkan bahawa, setakat ini, hampir 2,000 keahlian telah dibatalkan oleh kelab kerana kesalahan menjadi scalper.

Arsenal sudah mengumumkan penjualan lebih awal kepada ahli rasmi kelab. Dan meminta mereka tidak sesekali menjual semula tiket itu.

Arsenal dalam satu siaran medianya berkata: “Aksi di tempat sendiri yang terakhir kita musim ini menentang Wolves akan dijual esok kepada ahli kelab.’

“Peringatan kepada semua penyokong kami, agar tidak membeli tiket daripada penjual tiket berdaftar secara rasmi.”

Ada segelintir peminat mendakwa bahawa, sangat sukar untuk mendapatkan tiket walaupun sebagai ahli berdaftar. Sedangkan hampir setiap perlawanan di Emirates akan kelihatan banyak kerusi kosong.

Arsenal kini enam mata di atas Man City. Kekal berpeluang cerah menamatkan musim ini dengan kejuaraan liga.

Namun mereka waspada ancaman City yang semakin kuat dengan pasukan tersebut masih ada baki perlawanan di dalam tangan mereka.

Seterusnya, Arsenal masih perlu untuk berdepan dengan City sendiri, yang dijangka akan menjadi perlawanan penentu kejuaraan.

Baca yang lain