Arsenal Berisiko Terlepas Rice Dan Caicedo Yang Turut Berharga £100j

Arsenal sebenarnya dah ada satu lagi sasaran terutama sekali jika mereka tidak berjaya mendapatkan Declan Rice. Di mana mereka turut berminat mendapatkan Moises Caicedo dari Brighton.

Arsenal berdepan persaingan daripada Manchester City untuk memenangi tandatangan Declan Rice.

Malah kem Man City sedia untuk menewaskan Arsenal dalam usaha mendapatkan pemain tengah antarabangsa England itu.

Arsenal bergelut untuk mencapai kesepakatan perjanjian Declan Rice kerana tanda harga £100 juta oleh West Ham United.

Arsenal masih ada seorang lagi pemain yang mungkin kini menjadi plan B mereka jika gagal mendapatkan Rice. Walaupun tiada bidaan rasmi dibuat untuk pemain itu setakat ini.

Dan kini pilihan kedua mereka turut diletakkan nilai yang sama iaitu £100 juta. Semuanya gara gara Caicedo sempat melanjutkan kontrak baharu pada musim lalu.

Caicedo sebelum ini pernah meminta dijual sama ada ke Arsenal atau Chelsea. Namun Brighton enggan. Membuatkan pemain itu akur dan kekal semusim lagi.

Brighton sudah berjanji akan menjual pemain itu ke kelab lebih besar pada akhir musim ini. Ianya sebahagian syarat jika Caicedo setuju melanjutkan kontrak baharu.

De Zerbi sendiri mengesahkan bahawa kelab sedia mendengar tawaran untuk Caicedo dan Mac Allister. Dengan Mac Allister sudah rasmi menjadi milik Liverpool.

Caicedo kini menjadi pemain yang bakal meninggalkan kelab itu dengan tawaran yang tepat.

Arsenal tidak pernah berputus asa untuk Moises Caicedo walaupun pemain itu sebelum ini terpaksa membatalkan hasrat ke Arsenal dan melanjutkan kontrak baharu.

Cuma keutamaan Arsenal adalah rundingan Declan Rice berbanding dengan pemain lain untuk posisi tengah.

Namun the Gunners harus sedar bahawa, mereka akan berhadapan persaingan dengan Chelsea. Di mana rundingan antara Brighton dan Chelsea berjalan lancar setakat ini berkenaan perpindahan pemain tersebut.

Chelsea dilaporkan benar benar yakin akan dapat memuktamadkan perjanjian dengan Moises Caicedo selepas mereka menyelesaikan perpindahan keluar beberapa pemain.

Walaupun bidaan mereka sebelum ini hanya £60 juta berbanding £100 juta yang diminta oleh Brighton.

Caicedo dianggap penting kerana Chelsea kehilangan beberapa pemain tengah mereka. Kovacic dalam proses akhir memuktamadkan perjanjian dengan Manchester City. Tidak lupa Kai Havertz yang turut berpindah ke Arsenal.

Sementara itu N’golo Kante sudah rasmi meninggalkan kelab itu ke Arab Saudi. Seorang lagi pemain tengah daripada pasukan utama iaitu Mason Mount juga sedang dalam proses untuk dijual pada jendela perpindahan kali ini.

Mount dalam proses perpindahan ke Manchester United. Cuma yang menghalang perjanjian itu hanyalah kesepakatan harga.

Jika Manchester City berjaya mendapatkan Declan Rice, dan Chelsea berjaya mendapatkan Moises Caicedo, ini akan membuatkan Arsenal terlepas dua sasaran mereka yang dianggap sesuai dengan sistem permainan Mikel Arteta.

Ini bermakna anda perlu mencari pemain tengah daripada alternatif yang lain.

Baca yang lain