Arsenal Dikecam Kerana Pasukan Wanita Mereka Tiada Kulit Hitam

Pasukan wanita Arsenal dikecam kerana gambar rasmi pasukan terbaru mereka yang memperlihatkan semua ‘orang putih’. Golongan woke mempersoalkan kenapa tidak ada langsung pemain atau jurulatih berkulit hitam dalam pasukan itu?

Arsenal dituduh tidak mengamalkan semangat diversiti serta dianggap gagal untuk menunjukkan ‘warna’ sebenar masyarakat di Utara London.

Pasukan Wanita Arsenal antara pasukan yang digeruni di Eropah. Mereka memiliki reputasi yang sangat luar biasa. Semua pemain wanita berimpian beraksi untuk skuad The Gunners.

Gambar rasmi pasukan wanita Arsenal ditularkan dengan pelbagai lagi kritikan dilemparkan ke atas mereka sebagai pasukan yang mengamalkan dasas tertutup.

Oleh kerana kritikan ke atas mereka yang tidak ada pemain atau jurulatih kulit hitam maka mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi menjawab persoalan yang dianggap agak mengejutkan itu.

Dalam kenyataan rasmi yang diterbitkan di The Athletic, kelab berkata: “Kami mendapat maklum bahawa pasukan utama [wanita] kami dianggap tidak mencemerkinkan diversiti di dalam kelab dan komuniti London Utara yang kami wakili.”

“Meningkatkan penyertaan dalam kalangan wanita muda dan gadis dari pelbagai latar belakang adalah keutamaan utama bagi kami di peringkat akademi, dengan langkah khusus disediakan untuk menambah baik hala tuju dan kebolehcapaian pasukan.”

“Di seluruh pasukan kami, termasuk akademi lelaki dan wanita, kami berbangga dengan pemain kami daripada pelbagai latar belakang yang telah menyumbang kepada sejarah, kejayaan dan budaya kami.”

“Adalah menjadi keutamaan bagi kelab untuk terus memacu kepelbagaian dan keterangkuman yang lebih besar dan mewujudkan rasa kekitaan untuk semua orang yang mempunyai hubungan dengan kelab.”

Kekurangan kepelbagaian dalam pasukan wanita telah menjadi topik perbincangan pada masa lalu, dengan beberapa pemain bukan kulit putih dalam skuad Kejuaraan Eropah yang berjaya di England pada tahun 2021.”

Baca yang lain