Arsenal Mahu Dapatkan Diaby, Leverkusen Letak Harga €100 Juta Juga

Nampaknya, setiap pemain yang diminati Arsenal secara automatik bernilai €100 juta la ye?

Sebelum ini Mudryk, kemudian Raphinha, seterusnya Declan Rice memang dah lama diletakkan harga €100 juta.

Terbaru, Arsenal mengalihkan perhatian mereka kepada Muossa Diaby.

Mikel Arteta terdesak mahu menguatkan lagi pasukannya yang kini sedang selesa mendahului carta Liga Perdana Inggeris.

Arteta sebelum ini sudah mengesahkan bahawa dia mahu terlibat aktif dalam jendela perpindahan kali ini.

“Arsenal bukan pasukan yang cukup bagus untuk mengabaikan peluang menandatangani pemain pada jendela perpindahan pertengahan musim ini,” kata Arteta sebelum ini.

Kehilangan Gabriel Jesus adalah punca kenapa Arteta benar benar mahukan penyerang yang serba boleh.

Moussa Diaby merupakan pemain penyerang yang lincah dan laju itu telah menjadi pemain utama Leverkusen sejak beberapa musim ini.

Dia dianggap menepati ciri ciri profil pemain yang dimahukan Mikel Arteta berada dalam pasukannya, Arsenal.

Kelab Jerman, Bayer Leverkusen dilaporkan meminta €100 juta untuk pemain itu. Musim panas lalu, kelab itu meletakkan tanda harga €70 juta untuk Diaby.

Kini Leverkusen menganggap harga €100 juta itu adalah harga pemain yang bukan untuk dijual pada pertengahan musim.

Kontrak semasa pemain Bayer Leverkusen itu adalah sehingga 2025.

Selain daripada Arsenal, Moussa Diaby juga dikaitkan dengan Newcastle United. Bayer Leverkusen lebih suka dengan rundingan pada jendela perpindahan pra musim akan datang berbanding jendela perpindahan pertengahan musim.

Baca yang lain