Arsenal Mahu Kylian Mbappe Bentuk Gandingan Dengan Saka Dan Martinelli

Arsenal dilaporkan sedia menawarkan kontrak kepada Kylian Mbappe selepas kontrak pemain itu berakhir pada akhir musim 2023/24 bersama PSG.

Mbappe sudah memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan kelab juara Ligue 1 itu.

Dan dia akan pergi secara percuma pada akhir musim 2023/24 jika PSG tidak menjual pemain itu pada jendela perpindahan kali ini atau Januari tahun depan.

Mbappe sebelum ini menandatangani kontrak baharu dengan memegang jersi 2025. PSG benar benar berharap pemain itu kekal sekurang kurangnya sehingga 2025.

Ketika itu Mbappe menolak tawaran Real Madrid pada saat akhir untuk kekal di PSG.

Namun rupa rupanya kontrak Mbappe adalah wajib sehingga 2024 sahaja. Sedangkan 2025 adalah tempoh lanjutan khas.

PSG sudah memberitahu Mbappe bahawa kelab itu mahu menjualnya segera jika dia tidak melanjutkan kontraknya dengan PSG.

Mbappe dilaporkan tidak mahu meninggalkan PSG pada musim ini. Dan sedia berbakti dengan kelab itu sehingga kontraknya berakhir pada tahun hadapan.

Namun PSG berkeras bahawa pemain itu harus dijual. Dengan Real Madrid menjadi nama kelab dikaitkan dengan Mbappe.

Mbappe menafikan dia berminat untuk menyertai Real Madrid, menjadi punca dia mahu angkat kaki.

Kerana dia sangat fokus dengan PSG pada masa ini. Dan hanya akan memikirkan soal masa depannya pasca PSG selepas kontraknya berakhir.

Mbappe sudah menghantar surat, sebagai peringatan kepada kelab bahawa dia tak akan kekal di PSG dan akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim akan datang.

Pemain itu juga meminta €150 juta pampasan seperti termaktub dalam kontrak jika PSG mahu menjualnya pada jendela perpindahan tanpa kerelaannya.

Mbappe ketika ini menegaskan dia tak rela berpindah ke mana mana kelab. Dan mahu terus kekal di PSG.

Jika Mbappe pergi secara percuma, Real Madrid dianggap kelab pilihan untuk mendapatkan Mbappe.

Namun paling mengejutkan, Football Insider telah menedahkan bahawa Arsenal turut sedia menawarkan kontrak kepada Mbappe.

Idea utama adalah menggandingkan Kylian Mbappe dengan Bukayo Saka serta Gabriel Martinelli.

Trio itu pasti akan menjadi trio yang luar biasa dan berpotensi menjadi terbaik di dunia.

Berita itu memang agak mengejutkan ramai pihak termasuk peminat Arsenal sendiri.

Namun dalam bola sepak tiada apa yang mustahil.

Kylian Mbappe menjadi pemain yang dianggap antara terbaik pada masa ini. Dia juga merupakan kapten PSG dan pasukan kebangsaan Perancis.

Pada usianya yang masih muda, pemain itu sudah memenangi banyak kejuaraan di domestik bersama PSG dan juga sudah memiliki medal Piala Dunia.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah