Arsenal Mahukan Lautaro Martinez Yang Bernilai £80 Juta

Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan Lautaro Martinez dari Inter Milan.

Lautaro pernah cuba meninggalkan Inter Milan sebelum ini, untuk menyertai Barcelona. Namun perpindahan itu tidak dapat dimeterai kerana Barca bergelut untuk mengeluarkan pemain yang menerima gaji sangat tinggi di kelab mereka.

Selepas itu Barca dihalang pula daripada mendaftarkan pemain kerana beban hutang kelab yang sangat tinggi.

Jadi, impian Lautaro Martinez ke Barcelona tinggal harapan sahaja.

Selain daripada Barca kelab seperti Manchester United juga dikaitkan dengan minat ke atas Martinez pada masa itu.

Gandingannya dengan Lukaku sangat menggerunkan pada waktu itu.

Lautaro Martinez menjadi penggempur penting Inter Milan ketika kelab itu menjuarai semula Serie A beberapa tahun lalu.

Namun prestasinya pada musim ini dibayangi beberapa masalah kecederaan.

Terbaru dia menyatakan ketika Piala Dunia 2022, dia bermain dengan kesakitan dan mengambil ubat tahan sakit.

Mikel Arteta dilaporkan sudah lama meminati Lautaro Martinez.

Dan pengurus Arsenal itu kembali menghidupkan minatnya ke atas pemain itu.

Namun Inter dikatakan meletakkan tanda harga sekitar £80 juta untuk pemain tersebut.

Martinez juga berminat dengan idea perpindahan ke Emirates itu.

Arteta sebenarnya memang sedang mencari penyerang baharu pada perpindahan yang lalu. Tetapi pilihan utama mereka Mykhailo Mudryk telah dirampas oleh Chelsea.

Lautaro Martinez kini menjadi sasaran Arsenal.

Namun berita ini kurang disenangi segelintir peminat Arsenal yang merasakan Martinez sudah tidak cukup bagus.

Lagipun Arsenal masih memiliki Gabriel Jesus dan Eddie Nketiah. Mereka juga memiliki penyerang muda yang sedang mengganas di Ligue 1 iaitu Balogun.

Baca yang lain