Arsenal Patut Menang, Bukannya Liverpool, Kata Arteta

Pengurus Arsenal asal Sepanyol, Mikel Arteta berpendapat bahawa Arsenal patut menang ke atas Liverpool kerana mereka pasukan lebih baik.

Arsenal disingkirkan Liverpool daripada pusingan ketiga Piala FA 2023/24. Dengan The Gunners menelan kekalahan 0-2 di halaman sendiri, di Emirates.

Tiada Salah Tiada Masalah! Liverpool Singkirkan Arsenal Di Pusingan Ketiga Piala FA

2 gol lewat Liverpool terhasil menerusi jaringan sendiri Jakub Kiwior pada minit ke-80 dan juga gol oleh Luis Diaz pada masa kecederaan.

Arteta kecewa kerana menurutnya Arsenal yang patut menang dalam perlawanan yang mereka beraksi lebih baik daripada lawan mereka.

“Saya rasa kami patut menang pertawanan ini. Kami pasukan lebih bagus daripada mereka. Ianya memalukan [apabila kami tidak menang].

“Saya rasa simpati dengan pemain pemain saya, berdepan pasukan dalam prestasi terbaik di Eropah, mereka berhak mendapatkan sesuatu yang sangat berbeza [daripada hari ini],” tegas Arteta.

Secara keseluruhan, Arsenal menguasai 55% perlawanan. Mereka melakukan 18 percubaan dan 5 adalah tepat. Berbanding Liverpool cuma 12 percubaan dan 3 sahaja yang tepat.

Seterusnya Mikel Arteta menggariskan betapa pentingnya memanfaatkan peluang yang ada. Di mana Arsenal gagal melakukannya, walaupun mereka ada banyak ciptaan peluang di atas padang.

Arsenal kini cuma menang 1 perlawanan dalam 7 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Dan mereka sudah kalah dalam 3 perlawanan  terakhir mereka berturut turut.

Mikel Arteta jelas sekali perlu membantu pasukannya bangkit segera. Kerana prestasi semasa mereka benar benar membimbangkan. Jika tidak mereka bakal terlepas kejuaraan EPL yang menjadi salah satu sasaran penting mereka musim ini.

Baca yang lain