Tiada Salah Tiada Masalah! Liverpool Singkirkan Arsenal Di Pusingan Ketiga Piala FA

Liverpool berjaya singkirkan Arsenal daripada pusingan ketiga Piala FA Inggeris walaupun tanpa beberapa tonggak utama terutama sekali Mohamed Salah dan juga Virgil Van Dijk.

Bertempat di Emirates, Arsenal kelihatan pasukan pilihan untuk mara dengan Arteta menurunkan hampir kesemua bintang yang dia ada.

Memasukkan beberapa pemain Jakub Kiwior dan Reiss Nelson. Nama Gabriel Jesus terpaksa disisihkan pada saat akhir kerana kecederaan.

Arsenal mendominasi separuh masa pertama. Dengan mencipta banyak sekali peluang gol.

Malangnya jentera serangan yang diketuai Kai Havertz itu tumpul. Mereka banyak melakukan percubaan tak tepat.

Pada masa yang sama kecemerlangan Liverpool ketika bertahan juga harus dipuji dengan melakukan banyak hadangan.

Liverpool memiliki peluang terbaik menerusi Trent Alexander Arnold yang melakukan rembatan terkena palang gol.

Dia sempat tersenyum mungkin teringat detik yang hampir sama ketika aksi di Anfield sebelum ini. Di mana Arnold melakukan rembatan terkena palang.

Pada separuh masa kedua, Liverpool terus ditekan oleh Arsenal. Tetapi segalanya berubah apabila Jakub Kiwior tertolak bola ke gawang sendiri pada lewat perlawanan.

Ianya berpunca daripada sepakan bola mati daripada Arnold yang menyaksikan pertahanan Arsenal kelam kabut dengan Ramsdale turut gagal memenangi bola.

Kiwior menanduk masuk bola ke gawang sendiri minit ke-80.

Ianya benar benar menyentak semangat Arsenal yang sangat dominan dalam perlawanan ini. Sebaliknya lawan mereka pula yang berada di hadapan.

Statistik menunjukkan Arsenal ada xG sebanyak 1.61 berbanding Liverpool cuma 0.6.

xG bermaksud kebarangkalian gol terhasil berdasarkan statistik perlawanan.

Ketika Arsenal rancak mencari gol, Liverpool melancarkan serangan balas yang disudahkan Luis Diaz pada masa kecederaan.

Gol itu cukup untuk menyingkirkan Arsenal daripada pusingan ketiga Piala FA Inggeris.

Klopp bangga dengan prestasi anak buahnya yang dianggap telah melepasi salah satu ujian paling sukar. Namun Liverpool tetap berjaya singkirkan Arsenal daripada Piala FA.

Saksikan rangkuman perlawanan kat sini:

Baca yang lain