Tweet Arsenal Sahkan Salah Sertai Mereka Dan Ucap Selamat Datang

Arsenal mengucapkan selamat datang kepada pemain baharu mereka tweet ringkas.

Tweet tersebut berbunyi: “Selamat datang ke Arsenal Salah!”

Tweet itu mendapat respon ramai pihak yang nak tahu apa sebenarnya berlaku? Adakah Arsenal benar benar memaksudkan Salah? Atau salah orang?

Ya benar, Arsenal baru sahaja mendapatkan Salah.

Namun pemain itu bukanlah Mohamed Salah yang bermain untuk Liverpool.

Tetapi Salah-Eddine yang disahkan menyertai pasukan pembangunan Arsenal dengan kontrak profesional.

Salah Eddine juga dipanggil Salah oleh rakan rakannya. Beliau menyertai Arsenal dari Feyenoord secara percuma.

Menurut laman rasmi Arsenal, pemain muda itu bermain di posisi central midfielder.

Beliau merupakan pemain yang lincah dan kreatif di bahagian tengah.

Arsenal berkata: “Kami semua mengucapkan selamat datang ke Arsenal kepada Salah. Dan sudah tak sabar untuk menyaksikan perkembangan bakat beliau bersama kita.”

Salah kini dalam proses akhir untuk menyelesaikan isu dokumentasi.

Arsenal kini masa dalam rangka persiapan untuk memperkuatkan lagi pasukan mereka bagi menghadapi musim hadapan.

Antara nama yang dikaitkan dengan Arsenal termasuk Gabriel Magalhaes dan Philippe. Coutinho.

Arsenal juga sedang berusaha untuk melanjutkan kontrak Kapten mereka Pierre-Emerick Aubameyang.

Sebelum ini Arsenal sudah sah mendapatkan bekas pemain Chelsea iaitu Willian dengan nilai perpindahan percuma.

Ini selepas Willian tamat kontrak dengan Chelsea.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan