Arsenal Tawarkan £300,000 Seminggu Untuk Aubameyang Dan Sedia Jual Lacazette

Pierre-Emerick Aubameyang dilaporkan menerima tawaran sekitar £300,000 seminggu dari Arsenal.

Ianya sebagai usaha The Gunners untuk memastikan pemain itu terus kekal di Emirates walaupun terus terlepas aksi di UCL.

Aubameyang masih belum menandatangani kontrak baharu di Arsenal. Dengan pemain itu dikatakan mempertimbangkan tawaran dari kelab lain.

Namun Arteta yakin pemain itu akan terus bersama dengan Arsenal. Kapten Arsenal itu menjaringkan 2 gol dalam aksi Final Piala FA dan membantu kelabnya menjulang Piala FA ke-14 di dalam sejarah mereka.

Kontrak semasa Aubameyang tinggal kurang setahun lagi. Arsenal tak rela menjual penyerang prolifik mereka dan juga pada masa yang sama cuba mengelak daripada melepaskan pemain itu secara percuma.

The Times melaporkan tawaran £300,000 seminggu itu menyaksikan kenaikan gaji sekitar £100,000 seminggu daripada apa yang beliau terima sekarang.

Aubameyang akan menjadi penerima gaji kedua tertinggi selepas Mesut Ozil. Itupun jika pemain Jerman itu terus kekal di Emirates musim hadapan. Jika Ozil pergi pada jendela perpindahan kali ini, maka Aubameyang akan menjadi penerima gaji tertinggi.

Masa depan Ozil terus menjadi tanda tanya. Di mana beliau tak beraksi langsung dalam aksi kompetitif selepas liga disambung semula.

Walaupun di Twitternya Ozil hampir setiap minggu menyatakan dia bersedia untuk beraksi.

Seterusnya Arsenal juga berusaha mendapatkan Willian yang bakal menjadi ejen bebas dari Chelsea.

Pemain tersebut dilaporkan menolak tawaran terbaru Chelsea kerana sedang berunding dengan Arsenal. Semalam media melaporkan Arsenal menawarkan kontrak 4 tahun dengan menewaskan tawaran gaji oleh Chelsea.

Dan hari ini The Times melaporkan Arsenal menawarkan Willian kontrak 3 tahun. Willian sebelum ini meminta kontrak 3 tahun dari Chelsea namun The Blues hanya mampu menawarkan 2 tahun untuk beliau.

Tetapi Willian tetap menyatakan bahawa beliau mahu beraksi di London dengan mana mana kelab lain sekiranya gagal memeterai perjanjian baharu dengan Chelsea.

Selain itu Arsenal akan mendengar tawaran untuk Alexandre Lacazette. Dikatakan terdapat tawaran daripada kelab Sepanyol untuk pemain antarabangsa Perancis itu.

Lacazette adalah pemain yang menjadi nadi penting Arsenal dalam beberapa perlawanan terakhir musim ini.

Berkenaan dengan satu lagi prospek perpindahan iaitu Coutinho, Arsenal masih berusaha untuk mendapatkan pemain tersebut secara pinjaman.

Baca yang lain