Asal Usul Istilah GOAT Yang Bermula Daripada Muhhamad Ali

Ramai juga yang kurang mengerti apa itu GOAT atau dari mana istilah itu berasal. Ianya bukan merujuk kepada GOD ye, tetapi GOAT!

GOAT adalah singkatan kepada Greatest Of All Time! Dan seringkali diletakkan ikon kambing kerana singkatan itu berbunyi GOAT.

Istilah GOAT mulai menjadi sensasi selepas satu iklan Adidas memaparkan Messi dengan seekor kambing. Ianya sebenarnya mesej bahawa Messi adalah GOAT.

Iklan tersebut antara salah satu sebab kenapa label GOAT semakin meluas digunakan termasuk emoji kambing.

Malah dalam satu keraian Piala Dunia 2018, Cristiano Ronaldo meramas dagunya. Sehingga ada media menganggap Ronaldo membalas balik mesej Adidas itu dengan mengklaim bahawa dia adalah GOAT sebenar.

Namun selepas perlawanan Ronaldo menafikannya. Dia cuma bermain main dengan rakan sepasukannya Ricardo Quaresma bahawa dia akhirnya dapat mencukur janggutnya selepas menjaringkan gol.

Sebenarnya kan, istilah GOAT munucul pada era awal 90-an lagi. Pencetus kepada istilah ini adalah Muhammed Ali.

Ketika itu isteri Muhammad Ali, Lonnie telah melabel suaminya: “Greatest Of All Time”. Dia mengambil perkataan The Greatest yang sinonim kepada Muhammad Ali.

Lonnie malah menubuhkan syarikat (GOAT, Inc.). Perkataan GOAT adalah berlesen dan menjadi harta intelek.

Muhammad Ali seringkali melaungkan bahawa dia adalah The Greatest.

Ketika itu Ali berdepan dengan rasisme yang kuat di Amerika Syarikat. Dia berdiri teguh dengan melaungkan semangatnya yang tak akan mengalah dan menyebut: “Saya adalah yang terhebat”

GOAT adalah satu usaha untuk menentang istilah yang seringkali digunakan wartawan Amerika Syarikat bagi mengeji atlet yang gagal pada era 70-an. Mereka akan melabel atlet tersebut sebagai Goat atau kambing yang merujuk kepada Flop.

Tetapi selepas itu istilah GOAT mulai menunjukkan bahawa seseorang itu terhebat sepanjang zaman.

Pada tahun 2011, Frank Deford, seorang penulis sukan, mempopularkan semula label GOAT dan menyatakan bahawa label GOAT adalah merujuk kepada legenda terbaik di kalangan legenda lain.

Gerard Pique kemudian menulis di Twitter dengan label GOAT kepada Messi pada 2017.

Pique sudah bermain bersama Messi dan Ronaldo dalam kariernya.

Ianya tidak terpakai pada bola sepak sahaja. Dengan pengaruh media sosial pada hari ini, maka istilah GOAT sangat banyak digunakan.

Terutama sekali dalam perseteruan Messi vs Ronaldo. Nadal vs Federer. Malah atlet yang lama lama pun termasuk dalam perdebatan GOAT. Misalnya, Pele vs Maradona.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali