Atletico Madrid seperti dijangka sudah tentunya akan berasa bengang dan kecewa dengan Joao Felix.
Semalam, bercakap secara eksklusif kepada Fabrizio Romano, pemain itu terang terang menyatakan dia sentiasa berimpian dan mahu menyertai Barcelona.
Ianya adalah impian Felix sejak dari kecil. Kenyataan itu ternyata dibuat tanpa kebenaran kelab.
Joao Felix dianggap tidak profesional memandangkan dia masih terikat kontrak dengan Atletico. Lebih lebih lagi Barcelona adalah seteru Atletico dalam La Liga.
Felix berkata: “Saya mahu bermain untuk Barca.”
“Bemain untuk Barcelona sentiasa menjadi piliha utama saya dan saya teringin menyertai Barcelona.”
“Ianya impian saya sejak saya kecil lagi. Jika ianya dapat direalisasikan, ianya akan menjadi sebuah impian yang menjadi kenyataan untuk saya.”
Atletico Madrid menyatakan: “Ejen pemain itu mengetahui dengan baik syarat-syarat yang mesti dipenuhi untuk João meninggalkan kelab.”
“Dengan itu kami tidak mempunyai apa-apa komen untuk mengulas mengenai perkara ini,” kata kelab itu kepada Relevo.
Kedua-dua pihak telah menetapkan minggu ini sebagai tarikh penting untuk menenetukan masa depan pemain kerana. Atletico memulakan jelajah pramusimnya di Korea Selatan, Mexico dan Amerika Syarikat, di mana mereka akan mengembara sejauh 30,000 kilometer dan bermain empat perlawanan persahabatan.
Diego Simeone dilaporkan sudah semakin menyampah dengan perangai Felix. Sebelum ini dia disisihkan Simeone kerana tidak profesional mempersoalkan taktikal pengurus dan mempersoalkan kenapa dia diletakkan di bangku simpanan.
Kini satu lagi insiden di mana Joao Felix dianggap sangat tidak profesional, bercakap mahu menyertai kelab lain ketika dia masih ada kontrak dengan Atletico.
Kontrak semasa dia dengan Atletico masih ada sehingga 2027. Joao Felix dilaporkan tidak berminat untuk menyertai jelajah pra musim Atletico.
Namun pengurus Diego Simeone menyatakan bahawa, pemain itu harus mengikuti jadual pasukan selagi lagi dia bergelar pemain kelab itu.
Dia diwajibkan hadir dalam sesi pasukan pada Rabu ini.
Simeone sebelum ini beberapa kali membidas Joao Felix dan kedua duanya sangat tidak sehaluan selepas itu.
Namun Atletico menghalang Simeone menjual pemain itu dengan harga di bawah €100 juta, kerana mereka membelinya €120 juta beberapa tahun lalu.
Joao Felix setakat ini cuma menarik minat daripada Aston Villa. Dan dia tidak begitu berminat dengan tawaran itu.
Dia mengarahkan Jorge Mendes untuk mendapatkan kontrak dengan PSG namun kelab Perancis itu tidak berminat kerana tidak suka dengan perangai pemain itu.
Kemudian kini dia terbuka menyatakan dia mahu menyertai Barcelona.
🚨| BREAKING: At Atleti, they had not given permission and were unaware of Joao Felix's statements. It is considered a lack of respect towards the club and the fans.
The player and his agent know the conditions that need to be met for him to leave the club.
[@JaviGomezCh] pic.twitter.com/KJXZxF6Vpt
— Atletico Universe (@atletiuniverse) July 18, 2023
Simeone sudah memberitahu pemilik kelab dia sudah tak kuasa untuk campur tangan isu Joao Felix dan pemain itu tiada dalam perancangannya. Pandai pandai kelab untuk menjualnya.
Joao Felix dianggap antara pemain yang toksik di bilik persalinan Atletico pada masa ini.
Atletico bermasalah untuk menjual pemain itu kerana tanda harganya terlalu tinggi. CIES menilai harga Felix sekarang hanya €55 juta. Namun Atletico berkeras bahawa pemain itu adalah €100 juta.
Sebelum ini Joao Felix menyatakan dia mahu terus menyertai Chelsea secara tetap. Namun The Blues tak sanggup menambah €90 juta lagi untuk pemain itu selepas membayar €12 juta untuk pinjaman separuh musim.