Atletico Beritahu Joao Felix, Dia Cuma Dapat Tawaran Dari Aston Villa

Bintang Portugal, Joao Felix sudah menyatakan dia mahu angkat kaki dari Atletico Madrid.

Pemain itu sebelum ini berharap dia akan terus kekal bersama Chelsea selepas tempoh pinjamannya tamat.

Malangnya, The Blues tidak menawarkan kontrak tetap kepadanya.

Musim lalu, memang Chelsea ada berencana mahu mendapatkan Felix secara tetap. Malangnya, Atletico meminta sekurang kurangnya £90 juta untuk pemain itu.

Ianya gara gara Felix gatal gatal setuju melanjutkan kontrak jangka panjang dengan pasukan itu sebelum dia menyertai Chelsea secara pinjaman.

Sedangkan Joao Felix sebenarnya memang tidak sehaluan dengan pengendali Atletico, Diego Simeone.

Felix melanjutkan kontrak jangka panjang sehingga 2027 di Atletico pada musim lalu.

Dengan harapan dia akan membantu kelab itu agar dapat meletakkan tanda harga lebih tinggi ketika mahu menjualnya.

Situasi itu tidak membantu Felix sama sekali. Di mana Chelsea merasakan tanda harga £90 juta untuk pemain itu terlalu tinggi.

Atletico mahu mengurangkan kerugian daripada pembelian Felix sebelum ini yang menelan kos sehingga £110 juta.

Pemain itu memang sudah tiada dalam perancangan Simeone. Jersi no.7 miliknya malah sudah disahkan milik Antoine Griezmann untuk musim baru ini.

Felix sudah memberitahu kelab bahawa mereka harus mempertimbangkan segala tawaran yang ada kepadanya daripada kelab besar.

Namun Atletico Madrid memberitahu Joao Felix, setakat ini cuma ada 1 tawaran untuk Joao Felix iaitu dari Aston Villa.

Walaupun ada beberapa kelab aktif memantau perkembangan Joao Felix termasuk Newcastle dan Man United.

Adakah Joao Felix sanggup untuk menyertai Unai Emery di Aston Villa? Atau dia masih menunggu tawaran kelab lebih besar kepadanya?

Baca yang lain