Atok Ini Juara Tertua CS: GO Global Offensive Dan Mungkin Pelurunya Pernah ‘Makan’ Korang

Sekiranya anda pernah kena peluru dari pemain Counter-Strike: Global Offensive player dengan ID: DieHardBirdie, anda telah ditembak oleh atok Abbe Drakborg, yang berusia 78 tahun.

Kita selalu mengaitkan dunia gaming ini dengan orang muda mudi dan belia. Tetapi sudah ramai mereka yang berusia juga bermain game ini macam kita semua.

Drakborg merupakan salah seorang pemain eSukan kompetitif tertua di dunia.

Drakborg telah bermain CS: GO sebagai satu hobi hariannya setelah dia bersara dan kini bermain sekurang-kurangnya empat jam sehari.

Itu yang membantunya mempersiapkan diri untuk Dreamhack tahun lalu, di mana dia dan pasukannya, Silver Snipers, memenangi kejohanan CS: GO Senior League.

Mereka merupakan skuad otai. Di mana anggota skuad termuda adalah berusia 64 tahun.

Dengan kemenangan besar itu, Drakborg memutuskan untuk mengundurkan diri dari esports dan pasukan senior yang disokong oleh Lenuvo,

Tetapi itu tidak bermakna ia akan mengakhiri cintanya terhadap CS: GO. Sekarang beliau mahu fokus pada streaming di Twitch, dan anda boleh melihat beliau beraksi di salurannya.

“Saya menukarkan permainan saya di Twitch kerana saya ingin meninggalkan sesuatu dalam hidup saya untuk generasi seterusnya,” katanya, dan dia tidak mempunyai rancangan untuk berhenti.

“Ada seseorang memberitahu saya bahawa anda harus berhenti bermain, itu mustahil bagi saya.”

Pada masa lapangnya, selain daripada bermain CS: GO, beliau juga selalu bermain dengan cucu kesayangannya.

Ternyata atok ni memang legend.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di