Ayah Pakai Kostum Patung Ujian Kemalangan Pada Hari Pertama Ajar Anaknya Memandu

Kita memang selalu kena usik dengan ayah kita. Dan kadangkala usikan itu memang buatkan kita mati akal dibuatnya.

Satu video viral apabila seorang ayah menyakat anaknya yang mahu belajar memandu. Dan itu adalah kali pertama ayahnya naik kereta dengan anaknya di pemanduan.

Anak dia mahu belajar memandu kereta, jadi sebelum mengambil lesen, dia mahu belajar di sekitar kawasan lapang dahulu dengan ayahnya menjadi gurunya.

Apa yang berlaku, sang ayah memasuki kereta dengan memakai kostum ala patung yang digunakan dalam ujian impak kemalangan jalanraya yang selalu kita tengok dalam tv terutama sekali masa kita kecil dulu.

Gurauan itu menyindir seolah olah ayahnya sudah bersedia dengan kemungkinan akan berlaku kemalangan pada hari itu.

Anaknya yang merupakan pemilik akaun tiktok AriiiBaaby mahu mengabadikan kenangan hari pertama memandu kereta dengan pengikutnya di media sosial. Dan dia merakamkan detik itu.

Menyedari bahawa anaknya mahu berkongsi detik itu di media sosial, ayahnya sudah ada rancangan jahat untuk prank anak dia.

Dengan tiba tiba dia masuk kereta dengan kostum tersebut.

Anaknya terkedu dan agak kecewa dengan gurauan tersebut, mengerling ke arah ayahnya sebelum berkata: “Ayah ni kuat main main la,” dan terus beredar dan menyerahkan kunci kepada ayahnya.

Nampaknya ayah dia memperoleh kemenangan ke atas anaknya dalam usahanya membuatkan anaknya menjadi rimas.

Video tersebut turut dikongsikan oleh pemain bola keranjang AS, Rex Chapman dengan kapsyen: “Hari pertama memandu dengan ayah, dan dia berpakaian seperti patung ujian kemalangan.”

Post tersebut mendapat jutaan view dan juga lebih 50k sukaan.

Ramai netizen rasa kelakar dengan kelakuan ayahnya mengenakan anaknya.

Michael Rowland pula menyatakan memang semua ibu bapa akan risau ketika mengajar anak mereka memandu. Namun kenapa dia tak terfikir perkara itu.

Ada juga yang menyatakan momen itu pasti akan diingati seumur hidup oleh anaknya terutama sekali selepas ayahnya sudah tiada suatu hari nanti.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan