Ayah Son Coach Yang Tegas Dan Pesan Jangan Main ‘Cinggey’ Dan Dia Setuju

Bintang Korea Selatan, Son Heung Min bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak.

Beliau kini bermain dalam liga paling popular di dunia, Liga Perdana Inggeris bersama pasukan big six – Tottenham Hotspur.

Son mendedahkan, beliau mulai menjadi sangat minat ke atas bola sepak pada usia 10 tahun, ketika beliau dan abangnya Heung-yun bermain bola bersama sama.

Akhirnya bola sepak melekat dalam dirinya dan menjadi sebahagian penting dalam hidupnya. Hari ini Son Heung Min menjadi sebahagian penting daripada sejarah bola sepak Korea Selatan.

Son kemudian berkongsi jurulatihnya ketika masih kanak kanak adalah ayahnya sendiri. Ayahnya Son Woong-jung merupakan bekas pemain bola sepak profesional Korea Selatan.

Ayahnya sangat tegas dan pernah meminta Son dan abangnya untuk menimang bola selama 4 jam.

“Selepas 3 jam saya dan abang menimang bola, mata saya mulai melihat 3 bola dan lantai nampak merah dari pandangan mata saya.”

“Bayangkan dia suruh kami timang bola 4 jam tanpa jatuh. Ianya sangat sukar kan?”

Jadi adakah dia pernah menimang bola 4 jam? Son berkata: “Mustahil! Sekali pun mimpi nak buatnya.”

Ayahnya juga melatih pemain lain. Dia pernah mengarahkan semua pemain menimang bola 40 minit. Ia bukannya mudah.

“Saya ketika itu 10 atau 12 tahun, masa tu ayah datang ke sekolah untuk melatih kami dalam 15-20 orang pemain.”

“Ayah meminta kesemua pemain menimang bola 40 minit. Apabila pemain lain terjatuh bola, ayah ok je, tetapi setiap kali bola terjatuh dari kaki saya, dia membuatkan kami semua bermula dari awal lagi.”

“Pemain lain masa tu faham kenapa dia keras dengan saya, sebab saya anak dia. Namun sekarang ini bila imbas balik, saya rasa dia melakukan perkara yang betul.”

Son sangat menyayangi ayahnya. Dari sudut seorang pemain dan jurulatih, bagi Son ayahnya sangat tegas dan menakutkan.

“Dia coach yang tegas, dan sangat menakutkan. Suara dia pun menyeramkan.”

Menurut Son, di Korea Selatan, ayah adalah simbol ‘undang undang’ dalam keluarga, dan beliau sama seperti kanak kanak Korea yang lain, patuh dan ‘takut’.

“Tanpa ayah saya, saya tak akan mencapai apa yang ada pada hari ini, begitu juga dengan jurulatih jurulatih sepanjang karier saya.”

Seorang pemain yang prihatin

Son menganggap Mauricio Pochettino sebagai pengurus yang paling penting dalam kariernya setakat ini. Membantunya meningkatkan kualiti dan kemudian keyakinan diri di atas padang.

Ada satu insiden di mana Son Heung Min menangis melihat lawannya yang cedera dan dia menerima kad merah tanpa banyak soal – meskipun dia tidak melakukan kesalahan. Itu lebih kepada kemalangan.

“Ayah saya memberitahu saya ketika saya masih muda bahawa jika saya di depan gawang tetapi lawan jatuh dan tercedera, saya harus mengeluarkan bola dan memeriksa lawan.”

“Kerana jika anda seorang pemain bola sepak yang baik tetapi tidak tahu menghormati orang lain, anda bukan siapa-siapa.”

“Dia masih mengatakan itu kepada saya. Kadang-kadang sukar tetapi kita adalah manusia sebelum kita menjadi pemain bola. ”

“Kita harus saling menghormati. Di padang, di luar padang – mengapa harus berbeza? ”

Son juga seorang pemain yang baik hati, dia banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan.

Membuatkannya disayangi ramai orang.

Jangan kahwin dulu

Son Heung Min pernah memberitahu ayahnya dia mahu menjadi pemain berkelas dunia. Dan Son tergelak ketika dia mengingati satu gentleman agreement dia dengan ayahnya.

Ayahnya selalu berpesan untuk mengelakkan diri daripada menjadi kaki perempuan ataupun bermain dengan cinggey. Fokus kepada bola sepak.

Malah ayahnya juga mahu Son kalau boleh janga berkahwin sehinggalah dia bersara daripada bola sepak.

Son Heung Min dikaitkan dengan artis K-pop Bang Min-ah.

Mereka beberapa kali dilihat keluar bersama sama.

Namun dia buat masa ini tidak ada rekod menjadi kaki perempuan. Kerana ianya boleh mengganggu fokusnya di dalam padang. Hubungan beliau dengan teman wanitanya sangat tertutup ketika ini.

“Ayah saya dan saya bersetuju dengan perjanjian itu. Kerana menurut ayah, apabila kamu kahwin, paling utama pastinya keluarga, isteri dan anak, dan bukan bola sepak lagi.”

“Saya nak pastikan saya bermain di peringkat tertinggi dengan fokus utama saya kepada bola sepak.”

“Apabila kamu bersara, ataupun sudah mencecah usia 33 atau 34, kamu masih ada masa yang panjang dengan keluarga kamu.”

Ketika ditanya, apa pandangan beliau apabila ramai pengurus ternama lebih suka pemain mereka berkahwin?

Ini jawapan Son: “Ya, kerana apabila kamu bujang, kamu banyak masa untuk berpeleseran, minum dan benda benda macam tu.”

“Tapi saya bukan jenis macam tu – jadi tiada masalah.”

“Saya cuma nak membuatkan semua orang gembira bermain di peringkat tertinggi. Sebagai contoh, apabila saya bermain untuk Spurs di Wembley, berapa banyak bendera Korea kamu lihat?”

“Saya nak letakkan diri saya di tahap setinggi yang boleh. Itu penting bagi saya.”

Son turut setuju dengan The Guardian yang menganggapnya sebagai duta negaranya.

“Ya saya terasa seperti seorang duta negara saya. Sebagai contoh, apabila bermain 3 petang di sini, di Korea sudah malam. Apabila bermain Liga Juara Juara Eropah dalam 8 malam, ianya pukul 5 pagi di Korea Selatan dan mereka masih menonton saya. Jadi saya kena balas balik. Saya ada tanggungjawab besar.”

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil