Bagaimana Arsenal Boleh Sign Pemain Harga Mahal Dan Gaji Tinggi, FFP Macamana?

Arsenal sekali lagi aktif dalam jendela perpindahan. Musim lalu lagi mereka sudah aktif membeli pemain. Namun kenapa FFP masih tak menjadi isu di Arsenal?

Arsenal memuktamadkan perjanjian Kai Havertz (£60 juta), kemudian dalam proses mendapatkan Declan Rice dengan nilai £105 juta, dan juga Jurrien Timber dengan nilai £40 juta.

Arsenal masih berminat dengan pemain seperti Moises Caicedo jika pemain itu tersedia.

Pada ketika ini Kai Havertz diberikan gaji £300k seminggu di Arsenal. Tetapi kelab itu masih tidak ada masalah untuk mendapatkan beberapa pemain lagi.

Malah boleh menampung gaji Mbappe sekalipun. Itulah sebabnya mereka sedia menawarkan Mbappe kontrak jika pemain itu sanggup menyertai mereka secara percuma.

Bagaimana ini berlaku?

Segalanya bermula ketika Arteta membuat pembersihan kos gaji pemain. Bermula daripada Mesut Ozil dan kemudian Pierre Emerick Aubameyang.

Ketika Arsenal sanggup membayar gaji Ozil penuh selama semusim di Fenerbahce, ramai menyatakan mereka telah melakukan kesilapan dan rugi.

Sebenarnya langkah itu penting dalam usaha memujuk Ozil agar meninggalkan kelab itu segera. Arsenal tidak mahu pemain bergaji mahal pada masa yang sama tidak konsisten. Dan ini akan memberikan impak kepada bilik persalinan Arsenal.

Dikhuatiri akan ramai pemain yang meminta gaji baru lebih besar pada kontrak lanjutan mereka. Dengan menjadikan gaji £350k Ozil seminggu sebagai penanda aras.

Seterusnya Arteta mengeluarkan Aubameyang yang dianggap toksik. Dan dirasakan tidak berhak menjadi penerima gaji tertinggi di Arsenal, apatah lagi menjadi kapten.

Jadi, Arsenal sudah mengeluarkan 2 penerima gaji tertinggi mereka. Malah ketika mereka setuju menamatkan kontrak dengan Aubameyang, mereka sebenarnya menyelamatkan sekitar £7-10 juta dalam akaun mereka.

Arsenal pada musim lalu memiliki gaji terendah di kalangan big six. Dengan pemain pemain muda mereka memberikan impak besar.

Mereka hanya menanggung beban gaji £206 juta setahun berbanding Man United dengan £384 juta setahun pada musim lalu.

Arsenal terus mengeluarkan beberapa pemain bergaji tinggi. Termasuk Granit Xhaka. Selepas pemain itu menyatakan dia mahu keluar dari Arsenal untuk cabaran baharu.

Seterusnya, Arsenal masih berusaha menjual Thomas Partey yang merupakan antara penerima gaji tertinggi di Arsenal.

Kejayaan menamatkan liga di tangga kedua dan layak ke UCL menjadi satu geran jaminan bahawa Arsenal boleh meningkatkan pendapatan mereka.

Strategi pembelian mereka adalah dengan ansuran dan kontrak jangka panjang. Jadi, kiraan FFP berdasarkan purata bayaran semusim. Taktik yang digunakan Chelsea ketika mendapatkan ramai pemain musim lalu dengan pelan ansuran. Sehingga ramai mulai merasakan, ianya cuma wayang, yang sebenarnya beberapa perpindahan bukan ansuran pun.

Sebagai contoh, Mudryk dibeli dengan harga £100 juta. Dengan kontrak 8.5 tahun. Maka Chelsea dikira membelanjakan £12 juta saja untuk Mudryk musim lalu.

Jadi, tanpa disedari, usaha Arteta dan Edu membersihkan bilik persalinan daripada pemain toksik dan pemain bergaji tinggi yang tidak dalam perancangan telah membantu mereka ketika mereka kembali ke UCL.

Di mana mereka perlu meningkatkan kekuatan pasukan.

Kini mereka boleh berunding dengan sesiapa sahaja untuk mendapatkan pemain walaupun mendapatkan 2 pemain pada harga £100 juta sekalipun.

Boost pada projek Arteta adalah pada musim lalu. Ketika mereka hanya memfokuskan untuk mendapatkan pemain di bawah £50 juta. Dan melanjutkan kontrak pemain seperti Martinelli dan Saka.

Mereka mendapatkan Odegaard secara tetap dengan harga yang dikira murah berdasarkan prestasinya. Musim lalu, ramai yang berkorban demi musim lebih besar musim ini.

Seterusnya, mereka juga menamatkan saingan liga di tempat yang sangat tinggi dengan pasukan yang ‘berkorban’ itu.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah