Bagaimana Valencia Tetap Ada ‘Seorang Penyokong’ Walaupun Diarah Bermain Stadium Kosong

Ketika Valencia diarahkan bermain dalam stadium kosong menentang Atalanta dalam kempen Liga Juara Juara Eropah, ada seorang ‘penyokong’ yang kekal bersama dengan mereka di dalam stadium.

Penyokong tersebut adalah Vicente Navarro yang diabadikan sebagai patung berikutan kematiannya pada tahun 2017.

Navarro merupakan pemegang pas bermusim selama bertahun-tahun walaupun dia buta. Tetapi dia tetap membeli tiket bermusim kerana ingin merasakan suasana di Mestalla.

Dan ketika dia meninggal dunia, kelab itu meletakkan patungnya di kerusinya sehingga dan akan kekal selamanya di situ selagi – lagi Valencia menggunakan Mestalla sebagai venue pertandingan.

Navarro hilang penglihatannya di usia 50-an. Namun beliau masih menghadiri setiap perlawanan sehinggalah beliau meninggal dunia.

Oleh kerana kesetiannya, kelab mahu memastikan ‘dia’ tidak akan terlepas sebarang perlawanan lagi.

Pada malam tadi, ketika perlawanan diarahkan dimainkan di dalam stadium kosong kerana kerisauan ke atas koronavirus,  patungnya telah menjadi satu-satunya penonton kelabnya.

Ada peminat yang menulis: “Patung itu telah dilancarkan pada tahun lalu Valencia, yang mewakili semua peminat, jadi secara teknikal stadium penuh!”

Patung khas buat Navarro

Pada Jun 2019, Valencia telah membuat satu patung khas bagi memperingati salah seorang pemegang tiket bermusim yang istimewa mereka di Mestalla.

Pemegang tiket tersebut bernama Vicente Navarro – telah pun meninggal dunia 2 tahun yang lalu ketika patung itu dibina.

Mendiang merupakan penyokong setia Valencia. Datang ke setiap perlawanan Valencia di Mestalla.

Namun begitu, pada usia 50 tahun, mendiang Navarro telah kehilangan upaya pada penglihatannya.

Walaupun tidak dapat melihat, mendiang tetap melanggan pas bermusim kelab Valencia seperti biasa. Dan menikmati perlawanan dengan mendengar dan merasai bunyi atmosfera di stadium.

Mendiang Navarro telah datang ke Mestalla dalam keadaan buta untuk lebih 40 tahun. Kerana menurutnya, hanya Mestalla tempat untuk menyaksikan Valencia beraksi.

Selepas meninggal dunia, Valencia telah memutuskan untuk memberikan satu penghargaan khas kepada mendiang. Dan akhirnya kelab memutuskan untuk membina tugu peringatan berupa patung yang mewakili mendiang.

Patung itu ditempatkan di tempat duduk yang menjadi tempat duduk mendiang sepanjang hayatnya sebagai penyokong Valencia.

Valencia menyatakan tindakan itu diambil untuk membolehkan mendiang Vicente Navarro ‘menikmati’ perlawanan di Mestalla untuk selama-lamanya.

Tindakan Valencia itu telah menyentuh hati ramai pihak. Mereka melabel tindakan itu adalah bukti sebenar bahawa kelab bola sepak adalah milik penyokong secara tidak langsung.

Valencia kandas

Valencia gagal untuk mengatasi Atalanta dalam saingan kedua di Mestalla. Di mana mereka tewas 3-4.

Secara agregat mereka tewas 4-8 di tangan sebuah pasukan yang terus meningkat naik dan mengejutkan ramain iaitu Atalanta dari Itali.

Josip Ilicic menjaringkan 4 gol dalam perlawanan ini untuk Atalanta termasuk 1 penalti.

Sementara itu 3 gol Valencia adalah menerusi Kevin Gameiro (2) dan Ferran Torres.

Baca yang lain