Bartomeu Label Arthur Tak Ada Akhlak Selepas Enggan Bermain Untuk Barcelona Di UCL

Presiden Barcelona, ​​Josep Maria Bartomeu, tidak dapat memahami tindakan yang dilakukan oleh Arthur Melo. Pemain tengah yang sah bergabung dengan Juventus musim depan.

Namun tindakan pemain itu yang tidak mahu pulang ke Barcelona untuk menamatkan musim ini dengan Liga Juara Eropah dianggap tidak menghormati kelab yang sudah lama diwakilinya.

Ketegangan berlaku apabila Arthur Melo  enggan mengikuti latihan pasukan sebagai persiapan untuk perlawanan kedua Liga Juara-Juara menentang Napoli.

Arthur kini berada di Brazil. Dan sepatutnya sudah melaporkan diri kembali ke Barcelona. Kerana beliau perlu menjalani prosedur saringan koronavirus.

Bartomeu sangat kecewa dengan pemain tersebut. Malah menganggap pemain itu tak ada akhlak.

Bartomeu berkata: “Arthur Melo ada call saya dan berkata, ‘Saya tidak mahu kembali, saya akan terus kekal di Brazil.’

Media di Sepanyol melaporkan bahawa Arthur Melo meluangkan masa nya di Ibiza, Sepanyol. Dari sana, dia meminta izin untuk terbang terus ke Brazil.

Sebenarnya, Barcelona belum benar-benar menamatkan pertandingan musim ini. Mereka masih ada Liga Juara-Juara, dan pengurusan pasukan masih memerlukan semua pemain di sana sehingga pertandingan selesai.

Malah dalam kontrak di antara Arthur dan Pjanic, kedua dua pasukan sudah setuju untuk menamatkan musim ini bersama pasukan masing masing dalam kempen Liga Juara Juara Eropah.

Bartomeu marah dengan tindakan oleh Arthur Melo. Dan Barcelona sudah mengeluarkan amaran bahawa pemain itu akan berdepan dengan tindakan tatatertib di atas perbuatannya itu.

Menurut Bartomeu lagi, tindakan disiplin itu hanyalah merugikan rakan sepasukannya.

Bartomeu menafikan Arthur tidak mahu kembali kerana isu gaji kerana tentu saja Barcelona membayar pemain itu.

“Sebenarnya tidakan itu adalah satu yang menunjukkan tidak ada rasa hormat terhadap rakan sepasukannya, walaupun pasukan ingin bermain dengan baik di baki Liga Juara-Juara musim ini,” kata Bartomeu.

“Tidak masuk akal untuk pemain memilih untuk digugurkan ketika Barcelona mengejar trofi penting. Ini tidak wajar dan sukar difahami,” katanya.

“Barcelona dan Arthur Melo telah sepakat bahawa sehingga Liga Juara-Juara berakhir, dia akan tetap bersama kami walaupun La Liga sudah berakhir,” tambah beliau lagi.

“Tetapi dia malah melarikan diri dan berlibur. Ini tidak dapat diterima, dan kami akan mempersiapkan saksi. Tidak ada argumen yang dapat membenarkan tindakannya.”

Media di Catalan sebelum ini melaporkan bahawa Arthur Melo tidak sehaluan dengan pengurusan Barcelona.

Beliau agak kecewa dengan layanan yang diberikan kepadanya, dan terpaksa berpindah ke Juventus.

Barcelona dilaporkan terdesak untuk menjual beliau untuk mendapatkan sedikit dana selepas impak teruk ke atas kewangan pasukan.

Barcelona masih gagal menjual pemain seperti Dembele dan Coutinho.

Baca yang lain