Baru Je Kembali, Max Allegri ‘Kick’ Pogba Kerana Masalah Disiplin

Paul Pogba dilaporkan tidak akan terlibat dalam aksi Europa League Juventus pada awal pagi esok.

Juventus akan berdepan dengan SC Freiburg dalam aksi 16 akhir Liga Europa.

Ini kerana pemain itu dikatakan terlibat dalam masalah disiplin.

Pogba dilaporkan datang lewat ke dalam sesi taklimat pasukan. Membuatkan Allegri tidak teragak agak untuk menyisihkannya.

Kelakuannya itu jelas bertentangan r

Pogba sudah lama menantikan kepulangan semula beraksi atas padang. Dan dia sudah pun beri kembali sebelum ini.

Namun kini dia telah disisihkan atas masalah disiplin.

Sebelum ini Max Allergri sudah memberitahu pengurusan tertinggi bahawa dia mahu melepaskan Pogba.

Ini kerana isu kecederaan pemain itu yang dilihat agak teruk. Ditambah dengan komitmen Pogba yang dikatakan agak tidak cukup serius ketika proses pemulihan.

Pogba sebelum ini mengalami kecederaan sebelum sempat membuat debut keduanya untuk kelab itu. Dan terlepas Piala Dunia 2022.

Pogba diakui antara pemain tengah paling berbakat dalam generasinya. Namun memiliki rekod isi disiplin ketika di Man United.

Dia juga beberapa kali mendesak untuk dijual oleh kelab. Ini termasuk mendesak perpindahan ke Real Madrid dan Juventus.

Dia malah pernah mengejutkan dunia dengan penerbitan dokumentari mengecam Manchester United yang dirakam ketika dia masih di sana.

Kemudian ditayangkan ketika Pogba sudah mengumumkan dia kembali semula ke Juventus.

Baca yang lain