Baru Nak Sign Haaland? Figo Tembak Scouting Real Madrid

Legenda galaticos, Luis Figo hanya mampu ketawa mendengar Real Madrid mahu mendapatkan Erling Haaland pada jendela perpindahan akan datang.

Figo juga mempersoalkan bahagian scouting Real Madrid: ‘Apa yang korang buat selama ini?’

Hal ini kerana menurut Figo, Erling Haaland sudah menunjukkan potensi beliau ketika di RB Salzburg sudah sekian lama.

Di mana, jika scouting Real Madrid buat kerja dengan betul, mereka sudah mengesan bakat tersebut dan mencadangkan kepada bahagian rekrut pemain untuk membawa masuk pemain seperti beliau.

Malangnya, mereka hanya membiarkan pemain seperti Haaland yang akhirnya menyertai Borussia Dortmund.

Figo kecewa kerana scouting Real Madrid tidak lagi menjejak potensi, tetapi hanya berminat dengan pemain yang sudah ada nama seperti Eden Hazard dan Luka Jovic.

Malang sekali pemain seperti Jovic dilihat masih gagal untuk menyerlah. Eden Hazard turut bergelut dengan prestasi.

Selepas aksi cemerlang dengan 12 gol daripada 11 penampilan bersama Dortmund, Real Madrid dilaporkan serius mahu mendapatkan Erling Haaland.

Pemain berusia 19 tahun itu bernilai sekitar €75 juta kerana ada klausa pelepasan. Jika tidak, mungkin beliau lebih mahal.

Figo memberitahu Movistar+: “Haaland dah mahal sekarang ni. Dia menjaringkan banyak gol dan nampak memang ditakdirkan untuk perkara besar dalam kariernya.”

“Tetapi Real Madrid seharusnya membeli beliau sebelum Dortmund. Itu barulah scouting yang bagus namanya.”

Erling Haaland akan menjadi sasaran utama Real Madrid. Sementara Pierre Emerick Aubameyang adalah pemain dalam senarai alternatif untuk dibida jika gagal mendapatkan Haaland.

Baca yang lain