Bayern Dah Hubungi Spurs Dan Sedia ‘Racun’ Kane Untuk Tidak Lanjutkan Kontrak

Daniel Levy sekali lagi akan berperang dengan kelab lain kerana Harry Kane. Hampir setiap musim Levy berjuang untuk mengekalkan Harry Kane.

Musim sebelum ini Kane berminat ke Man United dan kemudian berminat menyertai Man City.

Namun entah apa tangkal Levy pakai sehingga Kane sanggup melanjutkan kontraknya sebelum ini.

Cuma kali ini kontrak semasa Kane masih belum diperbaharui.

Kane sebelum ini dipercayai kena scam dengan Levy ketika Levy berjanji akan menjual Kane ke kelab besar jika dalam tempoh 3 tahun daripada tarikh dia melanjutkan kontrak dia tak dapat piala lagi.

Namun Levy kemudian menyatakan dia tak akan menjual Kane ke kelab Inggeris. Ketika itu Man United dan Man City berminat dengan Kane.

Pendirian sama ditegaskan Levy kali ini. Jika terpaksa menjual Kane ke kelab Inggeris, harganya adalah berbeza mungkin sehingga separuh kali ganda daripada tanda harga £100 juta mereka letakkan untuk kelab luar England.

Bayern Munich kali ini serius mahukan Harry Kane dan sedia membayar £60 juta untuk pemain itu. Namun Levy anggap itu satu penghinaan. Mereka tak akan jual Kane dengan nilai serendah itu.

Bayern turut menawarkan pakej bonus tambahan untuk Kane.

Bayern masih berusaha untuk mendapatkan Kane. Kini mereka berhubung sendiri dengan Spurs.

Harry Kane pula dilaporkan berminat dengan idea ke Bayern. Dan hanya mahu menyertai kelab Jerman itu pada masa ini.

Bayern masih mencari Robert Lewandowski yang meninggalkan mereka musim lalu.

Kini Bayern masih belum dapat jawapan. Sama ada Spurs setuju dengan tawaran mereka atau memang ada harga ‘bukan untuk dijual’.

Dalam situasi sekarang, Bayern sedia menghantar isyarat kepada Kane bahawa mereka sedia menunggu pemain itu menjadi percuma secara ejen bebas pada Julai 2024  akan datang.

Jika itu berlaku, pastinya Levy akan terpaksa membuat keputusan segera. Bayern masih mahukan Kane pada jendela perpindahan kali ini.

Ini adalah peluang Kane untuk mulai menuai piala di Bundesliga. Kerana Bayern sentiasa menjadi pasukan yang berpiala setiap musim di sana.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah