Beberapa Minggu Lalu Diberitahu Tiada Dalam Perancangan, Hari Ini Ditamatkan Kontrak Atas Persetujuan Bersama

Beberapa tahun lalu, ketika bersama Arsenal, Alexis Sanchez berada setaraf dengan pemain berkelas dunia yang lain. Namun selepas berpindah ke Manchester United, kariernya tidak pernah sama lagi.

Dia kemudian menyertai Inter Milan dengan United menanggung sebahagian besar gajinya sepanjang musim pinjaman. Di mana Sanchez ketika itu menerima sekitara  £560,000 seminggu.

Man United berharap Sanchez akan mendapatkan semula prestasi terbaiknya di Inter untuk membolehkan mereka menjual pemain itu sama ada ke Inter atau kelab lain.

Malangnya ketika itu, prestasi Sanchez terus statik. Dan hanya Inter yang berminat dengan Sanchez dengan syarat pemain itu menerima pengurangan gaji yang sangat besar.

Sanchez seterusnya berjaya mendapatkan perpindahan tetap ke Inter Milan. Walaupun Inter memenangi Scudetto, namun Sanchez bukanlah pemain yang menjadi tunjang kekuatan pasukan. Dia menerima pengurangan gaji dan hanya mendapat  £175,000 seminggu di Inter Milan.

Man United dilaporkan membayar pampasan kontrak gaji pemain itu sekitar £7 juta jika dia menerima untuk menamatkan kontrak atas persetujuan bersama. Man United sedia melepaskannya secara percuma.

Walaupun menanggung rugi pada masa itu, namun Ole Gunnar Solskjaer meyakinkan BOD Man United bahawa mereka berjaya menjimatkan £40 juta dengan melepaskan Sanchez dan membayar pampasan tersebut.

Lalu Sanchez disahkan sebagai pemain Inter dengan persetujuan 3 tahun kontrak.

Kini Inter dilaporkan mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak Sanchez atas persetujuan bersama.  Menurut laporan pakar pasaran perpindahan Sky Sport Italia Gianluca Di Marzio, yang melaporkan dalam tweet beliau bahawa perjanjian telah pun disepakati antara kelab dan pemain berusia 33 tahun itu.

Inter cuba menjual Sanchez dalam agenda bursa perpindahan musim panas mereka. Malah ianya dianggap keutamaan untuk kelab, lebih lebih lagi selepas kepulangan semula Romelu Lukaku. Di mana Inter mahu mengurangkan beban bil gaji pemain.

Pemain antarabangsa Chile itu sudah dimaklumkan bahawa dia tidak ada dalam perancangan pasukan untuk musim depan dan salah seorang yang berpendapatan tertinggi dalam skuad.

Namun Sanchez tidak dapat mencari kelab baharu. Dan Inter pun sukar mencari pembeli kepada pemain itu. Lalu kedua dua pihak mencari penyelesaian untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama. Ini untuk membolehkan Sanchez menjadi ejen bebas dan pergi secara percuma.

Marseille dikatakan calon utama untuk mendapatkan khidmat Sanchez. Kelab yang turut dikaitkan dengan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Namun Marseille bukan satu satunya kelab yang berminat dengan bekas penyerang Arsenal dan Barcelona itu.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan