Bekas Bintang Brazil Ini Buat Pengakuan Menggemparkan, Klaim Lagi Bagus Dari Cristiano Ronaldo, Messi Dan Neymar

Bekas penyerang Brazil iaitu Edilson telah melakukan pengklaiman luar biasa sekali. Ini apabila dia menyatakan pada peak beliau, Edilson merasakan dia lagi bagus daripada Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Nama tiga pemain tersebut adalah 3 pemain yang dianggap antara terbaik di dunia pada ketika ini.

Messi dan Cristiano Ronaldo, tanpa keraguan merupakan antara 2 pemain yang terulung sepanjang zaman dalam arena bola sepak.

Edilson pula, ketika kariernya hanya bermain di Liga Brazil bersama kelab Palmeiras dan Corinthians. Pernah juga beliau dipinjamkan ke Benfica.

Namun itu bukan halangan untuk Edilson menyatakan bahawa beliau ketika prime adalah lebih bagus dariapda Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, serta bintang senegaranya, Neymar.

Edilson menguatkan hujahnya dengan menyatakan bahawa beliau ada satu piala dunia. Edilson dalam skuad Piala Dunia Brazil pada 2002.

Edilson berkata: “Ketika kemuncak prestasi saya, saya bermain lagi bagus daripada Neymar. Untuk mengalahkan saya, Neymar harus memenangi Piala Dunia, barulah dia boleh kata dia lagi bagus daripada saya,” kata Edilson kepada TV Bandeirantes, tanpa bergurau.

“Saya ada personaliti yang tinggi. Untuk Messi nak atasi saya, dia kenalah menang Piala Dunia dulu.”

“Cristiano Ronaldo adalah pemain yang hanya bergantung kepada kekuatan, dan dia merembat bola dengan kuat menggunakan kedua dua belah kakinya. Dari segi skil, saya lebih berskil daripada dia.”

Sebagai rekod, Cristiano Ronaldo dan Neymar, kedua duanya pernah sampai ke separuh akhir Piala Dunia. Manakala Messi pula pernah mara ke final Piala Dunia pada 2014.

Tetapi Ronaldo ada satu kejuaraan major antarabangsa iaitu Euro. Messi dan Neymar masih belum ada. Dalam edisi Copa America yang lalu Neymar tak dapat bermain kerana cedera.

Messi masih mencari trofi antarabangsa untuk negaranya selepas banyak sekali status naib juara yang beliau capai bersama Argentina.

Edilson ternyata tidak befikir panjang di dalam kenyataannya itu. Beliau hanyalah pemain squad depth di dalam pasukan Brazil yang sarat dengan bintang pada ketika itu.

Edilson memiliki 21 kaps untuk Brazil dan menjaringkan enam gol antarabangsa untuk negaranya.

Baca yang lain