Bekas Pemain Barca Ini Tukar Nama Kepada Goku, Minta Orang Hormati Keputusannya

Bekas pemain Barcelona B dan Manchester City Joan Roman mengumumkan bahawa dia telah menukar namanya menjadi Son Goku.

Son Goku merupakan watak utama dalam komik manga Dragon Ball. Sebuah manga berasaskan pertempuran yang sangat popular nukila Akira Toriyama.

Joan Roman, yang kini bermain untuk kelab divisyen kedua Poland, Miedz Legnica, telah membuat keputusan besar dalam hidupnya untuk menukar namanya.

Joan Roman tidak minta banyak. Dia hanya berharap semua pihak menghormati keputusannya untuk menukar namanya.

“Saya gembira kepada Joan yang pernah menjadi diri saya selama ini, dan atas kesemua perkara baik dia berikan kepada saya, namun sekarang ini saya ialah Goku.”

“Saya cuma meminta korang semua menghormati keputusan ini, seperti mana ramai yang lain menghormatinya. Sentiasa maju dan bergerak ke hadapan.”

Dragon Ball adalah salah satu francais manga Jepun yang paling berjaya sepanjang masa, dengan siri manga yang dijual di lebih dari 40 negara dan siri anime disiarkan di lebih daripada 80 negara sejak awal 1980-an.

Ia menceritakan kisah Goku dari kecil hingga dewasa, ketika dia berlatih dalam seni mempertahankan diri dan menjelajahi dunia untuk mencari tujuh mutiara naga ajaib yang dikenali sebagai Dragon Balls.

Goku Roman memilih nama itu kerana merasakan karakter dia dan Goku banyak persamaannya.

“Saya memilih nama ini kerana saya rasa saya mengenal pasti apa yang diwakilinya untuk saya: ketekunan, empati, perkembangan diri dalam menghadapi rintangan, cahaya dan positif,” tambahnya.

Roman berada di musim kedua di Miedz Legnica setelah bermain sekejap dengan pasukan Greece iaitu Panetolikos musim lalu.

Roman, eh Goku telah membuat permulaan yang hebat untuk kempen musim baru, dengan tiga gol dalam tiga assist dalam lima penampilan pertamanya.

Dia memulakan karier peringkat awalnya dengan pasukan tempatan Santes Creus di Catalonia sebelum ke akademi Espanyol dan Manchester City.

Pemain sayap itu kemudian kembali ke Sepanyol dengan Barcelona B sebagai pemain dalam pasukan B-19 tahun pada tahun 2012, membuat 70 penampilan untuk kelab itu selama tiga musim.

Beliau sempat bermain secara pinjaman di Villarreal.

Dia kemudian menyertai pasukan Portugal Braga pada tahun 2015 dan telah menjalani karier nomad sejak itu. Pergi secara pinjaman di Nacional dan Slask Wroclaw serta beraksi selama setahun di AEL Limassol sebelum pindah pertamanya ke Miedz Legnica pada awal 2019 .

 

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.