Bekas Rakan Sepasukan Anggap Bale Satu Bala Dan Poyo

Spurs menunjukan satu lagi persembahan buruk selepas kalah di tangan  Liverpool minggu lalu. Kehilangan Harry Kane akibat cedera pergelangan kaki, jelas terlalu dirasai oleh Spurs.

Kesurama dari kekalahan pada aksi Khamis lalu berlanjutan dengan Serge Aurier dilaporkan disisihkan Mourinho kerana mengamuk ketika dikeluarkan sebelum ini.

Lantas, Moussa Sissoko bermain sebagai bek sayap dan Toby Alderweireld menggantikan Eric Dier – kali pertama pemain Inggeris itu digugurkan ketika beliau cergas pada musim ini.

Barisan pertahanan baru Mourinho ini tidak memberikan perbezaan. Mereka bocor sekali lagi menerusi Leandro Trossard yang menyempurnakan hantaran Pascal Gross.

Walaupun ketinggalan awal, Spurs gagal untuk benar-benar menunjukkan mereka boleh bangkut.

Ketiadaan Kane digantikan dengan Gareth Bale yang bergandingan bersama Steven Bergwijn dan Son Heung-min.

Ketiganya kelihatan tidak bersemangat dan Carlos Vinicius masuk, barulah nampak sedikit semangat dan keinginan itu.

Bale dihentam teruk di media sosial. Kerana sekali lagi menunjukkan aksi tidak memuaskan. Bale gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat dan gagal melepasi pemain lain menerusi gelecekan.

Bekas rakan sepasukannya Jamie O’Hara menulis tweet: “Saya pernah bermain dengan Bale dan dia selalu mempunyai kepercayaan dari dalam dan kepercayaan diri, ini nampak seperti poyo,” tulisnya.

“Dia seperti dibayangi  pemain yang saya kenal.”

“Serius pinjaman ini telah menjadi bencana [bala],” tambah O’Hara.

Jamie O Hara kemudian membandingkan Bale dengan James Milner. Di mana pemain veteran Liverpool itu dilihat tidak puas hati dikeluarkan dan mahu terus bermain.

Kesungguhan itu yang tidak ada pada Bale kali ini.

“Milner keluar dari padang malam ni dan meroyan dia dikeluarkan, mahu terus berlari di seluruh padang, Bale pula tak sabar nak sarungkan jaketnya [selepas dikeluarkan]. Milner berusia 35 tahun.”

Ramain peminat Spurs bersetuju dan melihat kesungguhan Bale kepada bola sepak sudah hilang.

Bale dikeluarkan pada 61 minit, digantikan oleh Lucas Moura.

Penyerang antarabangsa Wales itu mendapat sambutan luar biasa di hari kepulangannya pada awal musim setelah gagal menambat hati Zidane.

Malangnya, setakat ini Bale masih gagal menunjukkan kualiti yang diharapkan.

Kekalahan ini membuatkan Spurs kini perlu memperbaiki prestasi mereka jika mahu beraksi di UCL musim hadapan. Pada satu ketika Spurs merupakan pasukan yang dianggap calon juara.

Ramai yang berpendapat dengan kehadiran pemain seperti Bale, Reguilon bergandingan dengan beberapa pemain yang sedia ada, ditambah oleh pengalaman Mourinho, mereka dianggap benar benar mampu menamatkan penantian kejuaraan.

Kini segalanya kurang menjadi di kem Spurs.

O’Hara menegaskan bahawa pasukan Spurs tidak memiliki taktikal yang jelas dan segalanya serba terdesak.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali