Belanda 3 Georgia 0: De Boer Uji Sistem Pertahanan Bertiga Dan Depay Terus Menjadi Nadi Belanda

Belanda menewaskan Georgia pada perlawanan pemanas badan terakhir sebelum bermain di Piala Eropah 2020.

Keputusan anak buah Frank De Boer dalam 2 aksi pemanas badan kurang menyakinkan apabila diikat oleh Scotland 2-2 dan perlu menurunkan barisan terkuat untuk menundukkan Georgio 3-0.

Belanda membuka jaringan seawal minit ke-10 melalui penyerang sensasinya Memphis Depay.

Depay menyempurnakan sepakan penalti selepas Denzel Dumfries dijatuhkan oleh Lasha Dvali di dalam kotak penalti.

The Oranje diberi tentangan oleh Georgia yang mahu menghidupkan semula permainan, namun lega apabila Wout Weghorst menggandakan pendahuluan buat Belanda pada minit ke-55.

Ryan Gravenberch melengkapkan kemenangan 3-0 melalui jaringan melalui tandukan pada minit ke-76 selepas Giorgi Loria gagal menghalang kemas rembatan awal Depay.

Frank De Boer membuat percubaan menggunakan 3 pemain pertahanan tengah yang mungkin akan digunakan pada pertandingan Piala Eropah nanti.

Pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 3 yang berlangsung pada bulan Mac, Belanda dikejutkan Turki, Belanda bolos 4 gol dalam perlawanan tersebut.

Ketiadaan Virjil Van Dijk mengurangkan kekuatan barisan pertahan pasukan ini dan pilihan yang ada adalah menggunakan 3 pemain di posisi tersebut.

Di sudut lain, penyerang Wolfburg, Weghosrt kembali diberi peranan penting untuk bergandingan dengan Depay di barisan hadapan.

Ketinggian Weghorst mengingatkan kita kepada Carsten Jancker

Sebelum ini Weghorst tidak pernah dipanggil untuk menyertai kem negaranya selepas De Boer mengambil alih jawatan dari Ronald Koeman.

Prestasi Weghorst di Wolfburg agak baik, mempunyai koleksi 25 gol pada musim lepas dan 20 pada musim sebelumnya.

Mempunyai ketinggian 197 cm, bakal memberi pilihan baik kepada De Boer dalam merencanakan taktikalnya.

Weghorst tidak mengecewakan apabila menjaringkan 1 dalam perlawanan semalam, ia merupakan gol pertamanya bersama Belanda.

Sudah pasti Depay akan terus menjadi harapan besar Belanda dalam pertandingan kali ini.

1 jaringannya pagi tadi menjadikan penyerang ini mencetak jaringan 5 kali dalam 3 perlawanan terakhir. Depay juga menyumbang 3 bantuan gol dalam 5 perlawanan lepas.

Atau lebih tepat 11 gol dan bantuan dalam 8 perlawanan terakhir bersama Belanda.

Belanda akan bertemu Ukraine, Austria dan Macedonia pada peringkat kumpulan dan berpontensi bertemu Itali jika Belanda mengakhiri peringkat kumpulan di tangga ke-2 dan Itali menjuarai kumpulan A

5 Cabaran Besar Untuk Malaysia Menangani UAE

SENARAI 26 PEMAIN BELANDA

Penjaga Gol: Jasper Cillessen, Tim Krul, Maarten Stekelenburg

Pertahanan: Nathan Ake, Daley Blind, Matthijs de Ligt, Stefan de Vrij, Denzel Dumfries, Jurriem Timber, Patrick van Aanholt, Joel Veltman, Owen Wijndal

Tengah: Frenkie de Jong, Marten de Roon, Ryan Gravenberch, Davy Klaassen, Teun Koopmeiners, Donny van de Beek, Georginio Wijnaldum

Penyerang: Steven Berghuis, Luuk de Jong, Memphis Depay, Cody Gakpo, Donyell Malen, Quincy Promes, Wout Weghorst

Baca yang lain