Belum 24 Jam Jadi Rakan Kongsi, Kempen Ratcliffe Out Sudah Berkumandang

Belum pun sampai 24 jam setelah Sir Jim Ratcliffe diumumkan sebagai pemilik saham 25% daripada pemilikan Man United, penyokong kelab itu dan gerakan anti Glazer sudah melancarkan kempen #RatcliffeOut di media sosial.

Sir Jim Ratcliffe akhirnya rasmi mennadi pemilik 25% saham di Man United setelah usaha Sheikh Jassim cuba membeli United secara sepenuhnya gagal. Glazer banyak bermain tarik tali dari segi harga kelab itu.

Mereka meminta sehingga £6 billion daripada Sheikh Jassim. Kemudian Sheikh Jassim mengesyaki Glazer memang tidak serius mahu menjual kelab itu dan hanya mahu mencari rakan pelabur baharu kelab itu.

INEOS yang awalnya turut menyaingi Sheikh Jassim untuk membeli Man United akhirnya menukar hala tuju pelaburan mereka kepada rakan niaga baharu Glazer. Sir Jim Ratcliffe akhirnya berjaya mendapatkan 25% saham di sana.

Menurut mereka kehadiran INEOS ke dalam Man United tidak akan memberikan sebarang perubahan yang ketara kepada dasar Glazer di kelab itu.

Sir Jim Ratcliffe sebelum ini sudah berkata dia mahu membantu merombak kelab itu dari pelbagai aspek.

Namun peminat Man United mendesak, hanya penjualan penuh yang mereka mahukan daripada Glazer. Bukannya mencari rakan niaga yang baharu dibawa masuk ke Manchester United.

Brandon berkata: “Sesiapa sahaja yang bekerjasama dan melakukan hubungan perniagaan dengan Glazer adalah musuh kepada Manchester United.”

Peminat tidak melihat sebarang kebaikan perjanjian seperti ini kepada Manchester United. Mereka mahukan Glazer pergi 100% daripada kelab itu.

Man United masih bergelut untuk mengulangi semula kegemilangan kelab itu sejak mereka ditinggalkan oleh Sir Alex Ferguson. Di mana kelab itu masih kemarau kejuaraan EPL sejak itu.

Dalam kempen semasa, pasukan bimbingan Erik Ten Hag malah bergelut untuk menempatkan diri mereka dalam 4 teratas.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah